Kembara Tarawih: Masjid Tengku Kelana Jaya Petra
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Kebanyakan masjid yang aku ziarah selalunya aku hanya rujuk Google Maps untuk mengetahui lokasi. Tidak terlintas untuk mengetahui serba sedikit mengenai masjid ini sehinggalah aku sampai di masjid tersebut. Samalah juga dengan masjid seterusnya ini, Masjid Tengku Kelana Jaya Petra. Melihat namanya rasa seperti masjid DiRaja. Tapi di Selangor hanya ada 2 sahaja masjid DiRaja, 1 di Klang (Masjid Sultan Suleiman) dan 1 lagi di Kampung Bandar, Kuala Langat (Masjid Sultan Alaeddin) – rindunya nak ke Kampung Bandar lagi.. OK, segala info pasal Masjid Tengku Kelana Jaya Petra boleh didapati di blognya..
Pra Buka Puasa dan Buka Puasa. Tiba di masjid kira-kira jam 6.50 petang selepas mengharungi kesesakan lalu lintas. Buka puasa di masjid ini dimulakan dengan kurma dan kuih, kemudian Solat Maghrib dan kemudian makan nasi. Sebelum buka puasa, tahlil ringkas diadakan diketuai oleh Imam masjid di dewan makan. Dewan makan di tingkat bawah ni siap dengan PA System. Sangat bagus.
Solat Isyak dan Tarawih. Seperti yang aku beritahu tadi, di dalam dewan solat ni pasti akan rasa satu kemewahan. Dewan Solat ini dilengkapi dengan sistem pengdingin hawa berpusat. Sebiji macam dalam bangunan pejabat. Lampu chandelier yang sangat besar.. Solat Tarawih dilakukan sebanyak 20 rakaat. Sekiranya ada tazkirah (hujung minggu), 8 rakaat sahaja. Imam di sini akan membaca ayat daripada mushaf yang diletakkan di hadapan Imam. Dan yang menariknya, ada 2 lagi mushaf yang diletakkan di kiri dan kanan imam, tapi jauh sikit. Tak pasti untuk tujuan semak atau tidak, sebab agak jauh juga daripada Imam. Bacaan Imam juga tidaklah terkejar-kejar, tenang dan senang..
Program Ramadan. Sangat kagum dengan perjalanan program Ramadan yang dianjurkan di masjid ini. Semuanya dirancang dengan rapi dan teliti. Siap ada poster lagi. Boleh rujuk di blog masjid ini. Masjid ini juga telah mendapat kunjungan DYMM Sultan Selangor pada 18 Ogos yang lepas. Kalau perasan bende ni pasti aku datang. 🙂 Bubur lambuk juga disediakan dan diedar setiap hari selepas Asar. Alhamdulillah dapat rasa masa buka puasa tadi. Tazkirah Ramadan juga diadakan setiap hari pada waktu2 berlainan. Tadarus, Qiamullail dan banyak lagi.
Jemaah. Dapat dirasakan jemaah di sini terdiri daripada orang-orang yang berada. Manakan tidak, teloh kiri, BMW, toleh kanan, Mercedes, toleh belakang, kereta aku kene blok ngn sebiji lagi Mercedes.. hehe.. Dan ramai juga yang hadir di masjid ini hinggakan parking tak cukup, banyak kereta parking di luar masjid. Apa-apa pun seronok ziarah ke masjid ini, juga di masjid-masjid yang lepas.
Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Al-Guhfran
Komen Terkini