Buka Semula iPhone Milik Ahli Keluarga Yang Sudah Meninggal Dunia

Seperti yang kita tahu, iPhone ini tersangatlah manja dan tersangatlah ketat sistem keselamatannya. Bayangkan salah seorang ahli keluarga anda baru minggal dunia dan beliau ada seunit iPhone yang ada passcode dan akaun iCloud tersendiri yang tidak terpaut dengan sebarang emel?

Saya mengalami situasi di atas baru-baru ini selepas kematian adik ipar. Arwah memiliki iPhone tersebut sejak Ogos 2017 dan beliau pula meninggal dunia pada Desember lepas. Kami ahli keluarga / waris tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkenaan iPhone tersebut. Hanya ketika beliau membelinya, kami dimaklumkan bahawa iPhone tersebut dibeli di Sunway Pyramid. Bermakna ianya dibeli di Machines, tempat sama saya beli Macbook Pro.

Apa maklumat lain yang kami ada?

  • IMEI
  • Nombor telefon
  • Nombor MyKad
  • Nama Penuh

Kami tidak memiliki RESIT PEMBELIAN telefon tersebut. Hanya ada kotak sahaja.

Langkah pertama yang dilakukan adalah menghubungi Machines untuk dapatkan salinan resit juga bertanyaan bagaimana kami boleh unlock telefon ini.

HUBUNGI MACHINES

Menggunakan maklumat yang kami ada seperti di atas, alhamdulillah kami dapat salinan resit daripada mereka. Kami juga bersedia dengan SIJIL KEMATIAN sekiranya diminta. Namun pihak Machines tidak dapat membuka telefon tersebut dan kami diminta untuk menghubungi APPLE SUPPORT untuk tujuan tersebut.

HUBUNGI APPLE SUPPORT

Objektif utama kami adalah untuk UNLOCK dan dapatkan DATA-DATA dalam telefon untuk disimpan (gambar dan lain-lain). Berdasarkan chat bersama pegawai Apple, mereka TIDAK BOLEH UNLOCK iPhone yang sudah ada passcode MELAINKAN iPhone tersebut diFORMAT.

Setelah berbincang, kami pasrah dan akur. Kita format lah iPhone ini. Segala trik dalam internet menunjukkan hasil yang sama juga katanya. Maka diformatlah iPhone ini dengan penuh kepasrahan.

ACTIVATION LOCK

Selepas iPhone ini berjaya diformat dan ingin diserahkan kepada waris untuk digunakan, kami sekali lagi dhalang dengan Activation Lock. iPhone ini ketika mula-mula dibeli, didaftarkan iCloud dengan akaun tersendiri. Bukan dengan akaun yang berpaut dengan emel pengguna asal. Cara untuk buka kunci seterusnya ini adalah dengan bantuan Apple sekali lagi.

HUBUNGI APPLE SUPPORT KALI KE-2

Kali ini, bantuan kami bukan sekadar melalui CHAT sahaja. Pegawai Keselamatan Apple akan TELEFON kami untuk membantu membuka kunci ini, berpandukan maklumat yang kami sudah ada, termasuk resit.

Maka panggilan diterima, daripada SINGAPURA. Saya ingat orang Singapura local, tetapi Mat Salleh yang call. Ahh.. Sudah! Aku orang JAWA! Dengan skill Jawa ni la saya speaking dengan pegawai Apple di telefon.

Tak susah pun. Kalau kita tak faham, dia akan cakap pelan-pelan.

Dalam panggilan telefon ini, saya diminta untuk upload resit pembelian melalui pautan yang diberi melalui emeil. Maka, jika anda sedang bercakap dengan pegawai Apple di telefon, pastikan anda bersedia di depan komputer dengan maklumat-maklumat penting. Selepas selesai upload dan confirm, saya dimaklumkan proses ini makan masa 2 hari untuk selesai dan emel akan dihantar sebagai makluman.

Alhamdulillah, selepas 2 hari, kami dapat emel, iPhone sudah boleh digunakan.

KITA IKUT SOP ORANG, KERJA KITA AKAN SENANG

2 Responses

  1. Chiktie says:

    Susah nak tembus security iphone. Memandangkan sekarang kembali pada phone biasa, jadi kita simpan entry ni sebagai rujukan ahli keluarga lain

  2. PaanMFR says:

    alamak orang lama blogwalking.. malu kite.. hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *