Coaching BLOG Dengan WordPress

Sebenarnya saya TAK PANDAI mengajar. Namun, setelah dipujuk dan diminta oleh salah seorang murid, maka saya cuba untuk buat sesi COACHING BLOG ini. Jika OK dan berjaya, insyaallah akan jadi satu projek yang berterusan.

BLOG PaanMFR namanya

Ramai rakan saya yang ingin belajar BUAT WEBSITE. Tak susah sebenarnya NAK BUAT, lagi susah nak mengajar. Walaupun dalam darah ni ada mengalir darah seorang GURU, tapi darah tu tak masuk dalam badan ini. Manisnya sahaja yang masuk.

Jadi, hari ini saya mula mengajar membuat BLOG menggunakan platform kegemaran iaitu WORDPRESS. Kalau guna WordPress, maka perlu ada hosting dan domain. Boleh gunakan servis yang saya sediakan, termasuk suport.

Nadia sedang tekun belajar buat BLOG

Pelajar pertama saya ini namanya Nadia. Seorang usahawan Hai-O, group yang mana saya pun tak tahu. Banyak sangat group dia. Nadia ni nak buat BLOG, untuk kongsikan cerita-cerita Hai-O dia. Semoga menjadi inspirasi kepada rakan-rakannya yang lain. Domain dan hosting blog Nadia belum siap lagi. Tunggu siap lah ye.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *