Kembara Tarawih: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Bandar Baru Sungai Buloh
Berlainan banner Kembara Tarawih kali ini. Kerana masjidnya juga begitu istimewa. Masjid Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Masjid Negeri Selangor. Kesempatan cuti Merdeka digunakan untuk pergi ke masjid yang agak jauh sikit. Tiba di masjid dalam jalm 6.30 petang. Jika masjid lain, waktu ini masih agak sunyi, tapi di sini sudah meriah! Beberapa gerai jualan dibuka sempena Ramadan seperti gerai pakaian, kitab, kasut dan lain-lain. Nanti kita cerita.
Pra Buka Puasa dan Buka Puasa. Masjid besar kebiasaannya tiada aktiviti khusus sebelum berbuka, hanya persediaan untuk berbuka sahaja. Buka puasa diadakan di Dewan Makan, tingkat bawah, bersebelahan dengan dewan solat kedua. Jemaah yang terdiri daripada kumpulan keluarga memenuhi ruang dewan makan. Semuanya diedarkan terus, kuih, nasi ayam dan bubur lambuk. Solat Maghrib diadakan selepas makan dan solat maghrib juga diadakan di dewan solat kedua untuk mengelakkan jemaah kepenatan naik tangga (Dewan Solat Utama)
Solat Isyak dan Tarawih. Solat Isyak dan Tarawih diadakan di Dewan Solat Utama di tingkat atas. Penat berjalan jika naik daripada bilik wuduk utama. Kebiasaannya jemaah wanita akan berada di tingkat dua dewan solat utama, namun sepanjang Ramadan, jemaah wanita berada di belakang atau separuh daripada dewan solat utama. Solat Tarawih diadakan sejurus selepas solat Isyak. Dilaksanakan sebanyak 20 rakaat. Bacaan Imam yang tenang menghilangkan kepenatan berdiri (bagi yang badan besar macam aku ni). Bacaannya juga tidak terlalu panjang, kira-kira 5 ayat, dan malam ini juga adalah bacaan daripada Surah Yaasin (sama seperti di Masjidil Haram)
Jemaah. Ramai. Sangat ramai.. Kanak-kanaknya juga.. fuh.. lasak! Sanggup melintas dari saf 1 wanita untuk pergi kepada ibunya yang berada di saf kedua. Apa-apa pun meriah juga. Mengingatkan aku dengan suasana di Masjid Wilayah pada minggu pertama Ramadan. Tidak menghairankan dengan keadaan jemaah yang ramai ini kerana masjid ini dikelilingi kawasan perumahan. Kaunter kutipan zakat fitrah juga dibuka di sebelah kanan masjid. Korang dah bayar fitrah?
Bazaar Ramadan. Pihak masjid telah membuka beberapa gerai untuk digunakan sebagai Bazaar Ramadan. Lokasinya di kaki lima masjid berhadapan bilik wuduk utama. Pelbagai barangan ada dijual di sana. Kitab, baju, jubah, tudung, beg, minyak wangi, kasut, buah-buah kering dan banyak lagi. Antara yang menarik minatku adalah air jus yang didatangkan khas daripada Arab Saudi. Dan jus buahan rebutan sudah tentu jus mangga. Menurut penjual minuman ini, jus mangga merupakan barang panas. Ramai orang cari, tapi stok sikit. Kene beli cepat!
OKlah, sekitranya korang belum berkesempatan untuk bertarawih di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini, silakan! Ataupun masjid-masjid yang telah diceritakan kisahnya dalam ruangan Kembara Tarawih. Ziarah lah! 🙂
Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Tengku Kelana Jaya Petra
1 Response
[…] Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah […]