Kembara Tarawih: Masjid Bandar Baru Sungai Buloh
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Usamah Bin Zaid
Kembara kali ini membawa aku ke Bandar Baru Sungai Buloh. Lokasinya di jalan menuju Kuala Selangor, selepas bangunan TM, sebelah kiri. Masjid ini sangat berdekatan dengan deretan kedai. Jika di bulan Ramadan ni, ada Bazaar Ramadan di luar masjid.
Pra-Buka Puasa dan Buka Puasa: Jemaah yang menyertai buka puasa di masjid ini tak la ramai. Mungkin kerana ada Bazaar Ramadan yang sangat dekat. Sebelum Buka Puasa, tahlil ringkas di adakan walaupun dengan jemaah yang sedikit. Selesai tahlil, buka puasa.. dengan makan nasi terus. Selesai makan, baru Solat Maghrib.
Solat Isyak dan Tarawih. Selepas Solat Isyak, tazkirah disampaikan dahulu. Menurut penceramah, kebiasaannya Tazkirah sebelum Tarawih ni tak lama, tapi malam ini Tazkirah khas sempena Merdeka. Hampir jam 10 malam, Solat Tarawih dimulakan. Solat Tarawih di sini dilakukan sebanyak 20 rakaat bersama 2 Imam Hafiz bergilir. Bacaan Imam Hafiz ini sangat laju, hingga terasa seperti berlari mengejarnya. Rindu pula dengan Imam Hafiz yang baca dengan tenang. Tak terasa penat pun..
OK, disebabkan keadaan kesihatan aku ni yang tak berapa nak sihat, aku pun pulang selepas rakaat ke-8, selepas melunaskan hajat di belakang. (faham2 la ya)
Semasa memerhatikan papan kenyataan masjid, terpandanglah satu sijil yang telah diphotostat. Sijil Anugerah Masjid Terbaik 2009. Masjid Bandar Baru Sungai Buloh telah memenangi Anugerah Masjid Terbaik, Kedua Terbaik 2009 Kategori B (lebih 10 tahun) di Negeri Selangor. Ku lihat, ku perhatikan, mungkin terbaik di dalam dewan solat, kurang pula baiknya di bahagian lain seperti tandas dan tempat wuduk. Mungkin ini boleh dibaiki lagi.
Tertanya-tanya juga, masjid manakah yang dianugerahkan Masjid Terbaik Negeri Selangor 2009? Siapa tahu?
Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Komen Terkini