Siapakah Sarjan Hassan Sebenarnya?

Sarjan Hassan

Peristiwa Merdeka sudah pasti akan dikaitkan dengan beberapa peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Jajahan British, Penaklukan Jepun, Serangan Komunis dan lain-lain. Dan pasti juga filem-filem wajib tayang di TV akan disiarkan seperti Sarjan Hassan, Leftenen Adnan, 1957 Hati Malaya, Bukit Kepong dan lain-lain lagi. Malam Merdeka, TV2 menyiarkan Sarjan Hassan. So, aku pun cuba-cuba nak cari siapakah Sarjan Hassan ini. Terima Kasih Google + Blogger yang share sebelum ini.

Nama: Allahyarham Kapten (B) Hassan bin Haji Othman

Lahir: Tahun 1927

Meninggal Dunia: 30 April 1991

Asal: Kampung Pantai, Seremban.

Menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja: 12 Disember 1946 (Selepas Jepun Surrender – 1945)

Sebab Sertai: Dendam terhadap Komunis yang membunuh keluarganya.

Allahyarham dikurniakan pingat selepas membunuh kira-kira 45 orang Komunis sekitar 1953. Daripada peristiwa ini, Allahyarham P Ramlee menghasilkan filem cereka yang terselit dalam peristiwa penaklukan Jepun. Maknanya, filem Sarjan Hassan bukan berdasarkan kejadian sebenar walaupun dilakonkan sendiri oleh anggota Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sumber-sumber:

Artikel di Arkib Negara

Keratan Akhbar – Telah diblogkan. Juga diforumkan

Tapi masih timbul persoalan, adakah ini Hassan / Sarjan Hassan yang dimaksudkan? Mungkin ada Sarjan Hassan yang lain?

1 Response

  1. tmsky says:

    many thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *