Kembara Tarawih: Masjid Al-Ghufran
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Tengku Kelana Jaya Petra
Malam ke-24 Ramadan membawa aku ke masjid yang dekat sahaja dengan pejabat. Tapi tak pernah pergi walaupun untuk Solat Jumaat. Sebabnya kedudukan masjid ini di seberang lebuhraya. Agak sukar nak pergi dengan mudah berbanding masjid-masjid yang lain. Masjid Al-Ghufran, terletak di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail. Jika anda lalu LDP menghala Kepong, selepas melalui Mutiara Damansara, lihat kanan, belakang Petronas. Nampaklah masjidnya yang kelihatan seperti bangunan pejabat. 🙂 Masjid ini dikatakan mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Pra Buka Puasa dan Buka Puasa. Aku tiba seperti biasa, nak dekat-dekat pukul 7 baru sampai. Mungkin ketika ni baru nampak meriah atau tak. Tiada aktiviti khusus sebelum Buka Puasa di sini. Agihan makanan dan minuman untuk Buka Puasa agak teratur, walaupun diadakan di kaki lima masjid. Kurma, kuih dan air. Kemudian Solat Maghrib. Kemudian Makan Malam.
Makan Malan. Sesuatu yang menarik. Masjid ini mempunyai Kafeterianya yang tersendiri. Kafe Al-Ghufran, terletak di belakang masjid, kene turun bukit sikit. Aku kagum seketika dengan keadaan dalam Kafe ini. Memang macam sebuah restoren. Siap ada kedai baju lagi dalam tu.
Solat Isyak dan Tarawih. Dewan Solat Masjid Al-Ghufran ni, ruangnya agak terhad, hiasan pula simple, tapi di Mihram masjid ini dihiasi sebaik mungkin. Ukiran khat, corak-corak Arabesque serta penghawa dingin. Wah sejuk! Ok2.. Selepas Solat Isyak, Solat Tarawih dilaksanakan. Akhirnya, selepas 16 Masjid dijelajah, dikembara, jumpa juga masjid yang menggunakan surah-surah lazim. Bukan nak compare, tapi nak tunjuk kepelbagaian. Imam di sini bukan guna 100% Surah2 Lazim. Di rakaat pertama, Imam membacakan ayat daripada surah Al-Insan (Juz 29), sedikit2, rakaat kedua dibaca Surah Lazim, kemudian rakaan ke-3, sambungan Surah Al-Insan. Seinggalah rakaat ke-8. Ya. Hanya 8 rakaat sahaja, membuatkan aku kagum lagi sekali. Selepas selesai Witir, Tahlil diadakan. Nama disenarai disebut.
Moreh. Aku terus turun ke Kafe untuk Moreh. Suasana sangat meriah! Yang muda, yang tua. Rasa seperti di majlis Rumah Terbuka YB pulak. Aku hanya minum sahaja. Nak makan ramai orang berbaris. Mata sudah letih ketika itu.
Untuk pengetahuan, Masjid ini mempunyai satu kemudahan yang dinamakan Kamar Musafir. Ape bende tu? Senang cerita, hotel la. Bilik-bilik yang disewakan untuk pengunjung ber”iktikaf” di Masjid ini. Info semua boleh didapati di Laman Web Rasmi Masjid Al-Ghufran. Guna WordPress jugak! LIKE! Kemudahan lain ada juga seperti Bilik Konferen, Bilik Meeting dan sebagainya.
Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Putra
Komen Terkini