Kembara Tarawih: Masjid Putra
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Al-Qhufran
Masjid Putra di Putrajaya merupakan salah satu masjid sasaran Kembara Tarawih. Memang benar aku biasa Solat Tarawih di sini setiap tahun walaupun sekali, namun setiap tahun itu juga ada kelainan yang diberikan kepada pengunjung masjid ini. Baiklah, lokasi masjid ini semua orang tahu kan, di Putrajaya, sebelah tasik.
Pra Buka Puasa. Aku tiba dalam jam 6.45 petang selepas mengharungi kesesakan lalu lintas di sekitar Sunway dan Puchong. Memang menguji tahap kesabaran. Tiada aktiviti khusus yang dijalankan. Ambil wudhu’, solat Tahiyat Masjid. Perkara pertama dilakukan tiap kali memulakan Kembara Tarawih. Adab ziarah masjid pun kene jaga ya kawan-kawan. Kalau sempat, buat lah.
Buka Puasa. Ketika para jemaah mengambil air dan mengambil tempat. Aku terlihat kelibat seorang yang sangat aku kenal, datang bersama anaknya. Aku lihat dia, dia lihat aku, aku senyum, dia senyum. Sah.. orang ni tak ingat aku. Dia duduk di hadapanku. Aku bagi salam sabil hulur tangan, terus berkata “Ini Dr. Ramlan kan?” Terus berubah raut wajahnya sambil berkata “Ya, siapa ni ya?” Setelah memperkenalkan diri, baru la bekas Timbalan Dekan Fakulti Sains Komputer, UPM ini ingat aku. Sambil ketawa mengingatkan zaman aku belajar dulu. Sambil menanti waktu berbuka, kami bersembang, flashback gitu kan.. OK.. jauh menyimpang. Buka Puasa seperti di masjid lain. Makan ringan, solat Maghrib, makan berat.
Solat Insyak dan Solat Tarawih. Pelaksanaan Solat Tarawih di masjid ini agak sama seperti tahun-tahun sebelumnya dan agak sama dengan pelaksanaan di masjid yang lain. Dilaksanakan sebanyak 20 rakaat, Imam Tahfiz jemputan, namun ayat dibaca dengan tenang, tidak terlalu panjang. So, apa yang lainnya? Yang aku nampak kali ini, beberapa TV LCD dipasang di tempat-tempat strategik. Dalam TV tersebut disiarkan visual Imam daripada kamera CCTV yang dipasang di Mihrab. Ada juga maklumat yang diletak di bahagian bawah paparan TV. Macam news ticker Astro Awani gitu.
Ok, apa kelainan lain yang ada kali ini? Disediakan 2 kedai jualan di ruang legar masjid. 1 di kiri dan 1 di kanan. Menjual barang-barang keperluan solat, kitab-kitab, cenderamata, minyak wangi dan macam-macam lagi. Sempat juga beli sebotol Kasturi Putih berharga RM5 untuk kegunaan lebaran ini.
Lain? rasanya kanak-kanak yang semakin ramai dan riuh. Maklumlah cuti sekolah baru bermula. Kadang-kadang rasa resah dan bingit pun ada. But, no komen lah ye. Cakap lebih kang aku yang kene saman. Oklah, stop dulu. Petang ini akan ke Putrajaya lagi, dan kali ini bakal menuju Masjid Besi. Tunggu..
Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Komen Terkini