Kembara Tarawih: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Putra
Buat sekelian kalinya, ini adalah Kembara Tarawih dan bukannya Kembara Iftar atau Kembara Buka Puasa, walaupun hampir semua Masjid yang aku ziarah akan disertai dengan Iftar. Sesungguhnya aku berpuasa. Dan sebolehnya aku tidak akan perincikan aktiviti iftar aku di masjid-masjid ini. Tiada menu yang dinyatakan dan tiada juga perbandingan dibuat terhadap masjid-masjid lain. Untuk pengetahuan juga, aku menetap sendirian di rumah sewa sepanjang Kembara ini dijalankan. Hujung minggu sahaja aku akan pulang, wajib pulang untuk iftar dan tarawih bersama keluarga di rumah.
OK. Kembara Tarawih kali ini sangat merupakan salah satu sasaran aku. Sebabnya, masjid yang aku ziarah merupakan masjid yang gambarnya aku guna untuk setiap entri Kembara Tarawih. (lihat gambar di atas). Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi. Masjid ini terletak di tengah-tengah Ghotham City Pusat Pentadbiran Putrajaya.
Buka Puasa. Kesesakan lalu lintas di ibu kota membuatkan aku merasakan agak lewat untuk tiba di masjid ini. Namun Alhamdulillah, aku sempat memecut melalui MEX dan terus sampai di masjid hanya beberapa minit sebelum waktu berbuka. OK, ringkas. Buka dengan kuih -> Solat Maghrib -> Makan Malam.
Ketika memasuki masjid ini, teringat kata-kata Ahmad Fedtri Yahya mengenai sistem bunyi ultrasonik, yang digunakan untuk menghalau burung. Aku dongak, aku pasang telinga. Tiada burung kelihatan walaupun pokok-pokok berhampiran masjid ini merupakan “rumah” burung-burung ini. Dan sesekali aku terdengar “beeping” yang sekejap-sekejap hasil daripada gelombang suara berfrekuensi tinggi.
Solat Isyak dan Solat Tarawih. Diimamkan oleh Imam Hafiz yang sangat muda. Aku rasa masih di alam persekolahan lagi, tapi mampu hafaz ayat-ayat al-Quran dengan mudah. Bacaannya pun tenang, tak terkejar-kejar, berlagu dan mendayu. Aku hampir lena. Astaghfirullah.. Tarawih di sini dilakukan sebanyak 20 rakaat. Ada jemaah di sebelah ku tanya, “Kat sini buat berapa?” aku hanya menjawab, “Saya baru 1st time datang sini”, dia balas, “Sama la”
Jemaah. Kehadiran jemaah padam malam-malam terakhir ni tidak begitu mengecewakan. Masih ramai, lebih daripada 5 saf. Ada juga jemaah warga asing yang aku lihat hanya duduk berkumpul saja. Tak tahu la mereka ikut Solat Tarawih atau tidak. Nak tanye seram pulak. hehe. Kanak-kanak pun ramai juga, tapi tak kecoh sangat walaupun ada yang berkeliaran.. 🙂
Secara keseluruhan, peluang menziarahi masjid ini memang tidak disia-siakan. Sangat seronok. Mungkin lain waktu aku akan bertandang lagi di sini untuk solat fardhu. Noktah.
Baca Kembara Tarawih terakhir: Masjid Al-Muttaqin
Hi, Assalamualaykum,
Kenalkan saya Hidayat dari West Sumatra, Indonesia.
seronok sekali baca kembara tarawih kamu, aku ramadhan tahun ini juga berniat nak rasa Ramadhan di Malaysia, backpacking on Ramadhan, kembara masjid juga, bazaar juga hehe..
kamu ada email or facebook or whatsapp..? saya boleh minta, nak tanya2, saya esok pergi sendiri je, takut kenapa2.. 🙂