Kembara Tarawih (Penutup): Masjid Al Muttaqin
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Salam. Nak update entry Kembara Tarawih ni kene ada semangat puasanya. Seminggu raya tiada mood nak update, sebab tak puasa. Hari ini start puasa 6, ada la semangat sikit nak update. Lagipun dah janji dah kan, Isnin ni kita update.
Kembara Tarawih menutupkan tirainya pada malam ke 28 Ramadhan (Selasa). Esoknya nak pulang ke Kluang pula. Destinasi terakhir ini membawa aku ke Masjid Al-Muttaqin yang terletak di Wangsa Melawati. Betul-betul belakang stesen minyak Petronas sebelah MRR2. Masjid ini tidak lah begitu besar. Ahli kariahnya pula terdiri daripada penduduk di Taman Wangsa Melawati sendiri.
Pra-Buka Puasa dan Buka Puasa. Seperti biasa di kebanyakan masjid sebelum ini. Buka dengan kurma, kuih dan air, kemudian solat Maghrib. Kemudian barulah makan malam.
Solat Isyak dan Tarawih: Sebelum solat Isyak dikerjakan, beberapa makluman disampaikan termasuk program takbir rumah ke rumah yang dikelolakan oleh pihak masjid sendiri. Siap ada borang untuk diisi untuk membolehkan rumah dikunjungi. Solat Isyak, Solat Tarawih. Solat Tarawih di masjid ini dikerjakan sebanyak 20 rakaat. Imam pula membaca ayat-ayat seperti biasa. Bacaan yang merdu, mendayu dan terkadang berlagu membuatkan aku sendiri hampir terlena. Astaghfirullah.. mungkin sebab penat. 🙂
Ringkas sahaja ulasan untuk penutup Kembara Tarawih ini. Tak banyak untuk aku ulaskan, lagi-lagi bab makan. Itu yang kalau boleh tak payah cerita langsung. 🙂
Alhamdulillah, tamat sudah Kembara Tarawih yang aku rasa hanya sekali ini sahaja aku boleh laksanakan. Tahun depan tidak ketahuan lagi samada dapat atau tidak aku laksanakan misi ini lagi. Sebabnya mulai bulan hadapan aku kembali menetap bersama keluarga di Kajang. Sudah tentu sepanjang Ramadan akan berada di rumah. Mungkin jika sempat aku cuba untuk buat hujung minggu pula. 🙂
Aku juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, sepupu-sepupu, dan pembaca-pembaca yang sudi mengikuti ulasan Kembara Tarawih sepanjang Ramadan yang lepas. Mungkin dengan cara ini kita boleh muhasabah diri kita dan tingkatkan lagi kesungguhan kita melakukan ibadah bukan sajaha di bulan Ramadan, tapi sepanjang masa. Semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang dan semoga kita diberikan kekuatan olehNya untuk melakukan ibadah kepadaNya. Amin..
Salam Lebaran!
Komen Terkini