Perbaharui Lesen Memandu di MyEG

MyEG

1. Ini bukan Advetorial aa.. aku x dapat duit secara khusus pun post entry ni

2. Aku dah lama tahu kewujudan servis ini, tapi tak pernah nak cuba guna. Kalau guna pun ada sekali nak cek saman-saman ekor yang dikenakan kepada kereta Kancil mak aku yang aku rempitkan. Ada la 5 surat cinta. InsyaAllah akan dilangsaikan sesegera mungkin.

3. Musim Raya hampir tiba. Ini maknanya sesi pemanduan jarak jauh bakal ditempuhi menjelang Raya dan selepas Raya ini. So, antara perkara yang perlu diperiksa adalah lesen memandu. Ditakdirkan lesen aku mati awak September ini. Aku perlu perbaharui segera.

4. Mula-mula plan la nak pergi Pejabat Pos di IKANO. Namun bila sampai sana, hampa.. sesak, penuh. Tak suka! Time puasa pulak tu. Then barulah terfikir tentang MyEG. Perkhidmatan on-line. PDRM, JPJ, TNB, Telekom dan macam-macam lagi ada dalam tu. OK. pulang ke ofis. LOGIN!!

5. Pembayaran dibuat melalui FPX. FPX menghubungkan kita dengan semua bank yang mempunyai khidmat perbankan online. Macam Maybank2u. Dah siap bayar, print resit, selesai! kene tunggu hingga 5 hari bekerja.

6. Aku lakukan semua ni pada hari Isnin, 30 Ogos. Esoknya cuti. 1 September dia proses untuk hantar. Masuk 2 September, petang, aku dapat call daripada Pos Laju. Nak cari rumah untuk hantar lesen yang dah siap! Yey! Dah dapat! Terima Kasih MyEG!

2 Responses

  1. dr.aku.la says:

    aku biasa pakai service myeg utk renew roadtax and insuran kereta aku.
    tak pernah lagi buat utk renew lesen.
    kalau ade renew utk roadtax & insuran motor lagi best!

  2. PaanMFR says:

    roadtax kereta ikut dia punya insurans jugak kan? kalau insurans kita xde dalam list myEG x lepas gak kan? aku xde kereta sendirik lagi.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *