Kembara Tarawih: Masjid Kota Damansara
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Al-Makmuriah
Kembara Tarawih untuk malam yang ke-8 membawa aku ke Masjid Kota Damansara. Daripada namanya kita sudah tahu di mana lokasinya. Masjid ini terletak di Seksyen 5, Kota Damansara, berdekatan dengan Carrefour Kota Damansara dan juga Tune Hotel. Masjid ini jika dilihat daripada keadaan sekeliling dan hiasan dalaman, dapat disimpulkan bahawa masjid ini masih “muda”.
Pra Buka Puasa. Aku mengharapkan kalau-kalau ada tahlil ringkas, atau bacaan Ma’athurat, atau bacaan Asma’ Al-Husna di sini. Namun keadaan sebelum masuk waktu Maghrib sangat sunyi di sini. Tiada aktiviti.
Buka Puasa. Tidak begitu ramai yang buka puasa di masjid ini. Kos / Sumbangan harian untuk buka puasa juga tidak tinggi. Mungkin jemaah di sini lebih gemar buka puasa di rumah. Khemah untuk jemaah muslimin dan muslimat disediakan secara berasingan. Jemaah berbaris mengambil air dan kuih + kurma yang telah dibungkus dalam piring masing-masing. Kemas. Makanan berat (nasi) pula disediakan secara bungkus juga, tetapi selepas selesai solat Maghrib berjemaah.
Maghrib -> Isyak. Tiada juga sebarang aktiviti dilakukan waktu ini. Aktiviti bebas. Nak mengaji ke, baca yaasin ke, x kesah, asalkan tidak buat bising.
Solat Tarawih. Masjid penuh! Pencarian tahlil akhirnya berjaya juga. Tahlil ringkas dibaca sejurus sahaja selepas solat Isyak. Selesai tahlil, terus bangkit Solat Tarawih. Seperti masjid-masjid yang terdahulu aku singgah, di sini juga menggunakan khidmat Imam Hafiz. Bacaan Imam di sini merdu dan mendayu, tak terkejar-kejar. Selepas 8 rakaat, solat dihentikan untuk aktiviti seterusnya. Tazkirah. Waktu ini ramai juga jemaah yang balik, solat witir, moreh dan ada juga yang duduk mendengar.
Aku keluar untuk menjamah moreh sikit, kemudian pulang ke rumah. Letih juga bila kene hujan + angin sejuk ni. Apa yang terjadi selepas tazkirah ini? Mungkin sambung sampai 20, mungkin juga tamat dengan Witir. Siapa-siapa yang pernah ke sini maklumkan ya di komen. Maaf la letih. (alasan!) Maaf juga tiada gambar..
Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Al-Mukarramah
1 Response
[…] This post was mentioned on Twitter by PaanMFR, PaanMFR. PaanMFR said: MFR Blog: Kembara Tarawih: Masjid Kota Damansara http://bit.ly/aURJqH […]