Kembara Tarawih: Masjid Al-Mukarramah
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Kota Damansara
Salam. Pertamanya maaf atas kelewatan update blog ini. Ada sedikit masalah pada server. Terpaksa repair dulu. OK, teruskan Kembara Tarawih ini. Kali ini di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Bandar Sri Damansara ini kebanyakannya rumah orang-orang kaya. Nak masuk kene lalu “guard”. Masjid ini terletak di atas bukit, punyai kawasan letak kereta yang agak terhad. Kene datang awal baru dapat parking cantek!
Perkara menarik ketika “mendaki” bukit di Masjid ini, sepanjang jalan, diletakkan “bunting” di tiang-tiang lampu. Setiap “bunting” berbeza, ditulis Sifat 20, 1 “bunting” 1 sifat. Berserta pengertian. Semuanya disediakan pihak masjid sendiri. (sebab ada logo Masjid)
Pra Buka Puasa. Seperti masjid sebelumnya juga, tiada aktiviti di dalam masjid, tahlil dan sebagainya. Hanya persiapan berbuka, dan kehadiran orang-orang yang hendak berbuka. Kebanyakan jemaah tempatan yang datang berbuka, datang bersama keluarga, dan membawa makanan untuk dikongsi dengan jemaah lain. Macam Potluck la.
Buka Puasa. Buka dimulakan dengan kurma dan kuih, serta bubur lambuk. Kemudian solat Maghrib, dan seterusnya makan nasi. Makan nasi di sini dilaksanakan secara “buffet”. OK, cukup.
Solat Isyak dan Tarawih. Selepas solat Isyak, Imam membacakan nama-mana yang telah dihantar untuk dihadiahkan tahlil. Ketika tahlil dijalankan, kutipan derma masjid juga dilakukan, sama seperti ketika Solat Jumaat. Di bulan Ramadan ni rajin-rajinlah sedekah ye! OK, Tarawih, dilaksanakan sebanyak 20 rakaat, Imam masjid sendiri, membaca ayat. Muda Imamnya, boleh jadi calon Imam Muda Musim ke-2
Moreh. Kuih yang sama + beberapa kuih lain disediakan untuk moreh.
Secara keseluruhan, Masjid ini kelihatan seperti masjid keluarga. Ramai budak-budak di luar, ada juga ibu2 yang melayan anak2 mereka. Kiranya seperti aku seorang saja orang asing di sini. Hahah.. takut juga sebenarnya. Oklah, seterusnya ulasan masjid untuk Kembara Malam ini, sebentar lagi.
Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Al-Hidayah
Komen Terkini