Kembara Tarawih: Masjid Al-Hidayah
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Al-Mukarramah
Salam Kembara. Kembara Tarawih untuk malam yang ke-10 Ramadan diteruskan lagi. Kali ini aku nak cuba masuk ke dalam. Selalunya solat jumaat di bahagian luar kampung ini, tapi kali ini ingin ke dalam kampung ini. Ya, Kampung Sungai Penchala lagi. Masjid Al-Hidayah nama diberi. Bangunannya nampak baru, lebih besar daripada Masjid Jamek di luar. Aku tertanya-tanya mengapa masjid ini dibina walhal masjid Jamek ada di luar. Tapi tak mengapa lah.
Buka Puasa. Aku tiba lewat sedikit, tapi masih sempat untuk buka puasa di masjid ini. Tak ramai yang berbuka di masjid ini, yang ada bebrapa jemaah serta AJK Masjid sendiri. Muka buka dengan kurma dan kuih, kemudian solat Maghrib, dan seterusnya makan nasi. Apa menu? tak perlu la beritahu. Walaupun sangat istimewa. 🙂
Solat Isyak dan Tarawih. Malam ini sangat istimewa kerana Imam jemputan yang hadir malam ini merupakan seorang Pengetua Sekolah Tahfiz! Pernah mewakili beberapa negeri di Malaysia dalam Ujian Tahfiz, juga pernah mewakili Malaysia dalam ujian yang sama di peringkat antarabangsa. Pernah juga memenangi ujian tahfiz ini. Di sini, Tarawih dilaksanakan sebanyak 8 rakaat. Namun di antaranya diselitkan acara tazkirah oleh Imam jemputan itu sendiri. So takde la nampak sekejap sangat kan. Dan ada juga pengisiannya.
Perkara yang menarik aku perhatikan di masjid ini adalah masjid ini dihadiri oleh golongan VIP. Ketika pengacara memulakan pengumuman, mesti sebut.. “Dato’-Dato’, Datin-Datin”.. Tak perasan pula Dato’ mana yang hadir, tak cam, kurang kenal. 🙂 Tapi yang aku boleh agak, mungkin yang duduk tepi bukit tu yang hadir ke masjid ini. Sekiranya anda melintasi Kampung Sungai Penchala, menuju Sri Hartamas (terowong penchala) daripada LDP / Mutiara Damansara, pasti nampak beberapa rumah agam, rumah banglo yang melekat di lereng bukit!
OKlah, sekian dulu Kembara Tarawih kali ini. Esok insyaAllah akan keluar daripada Petaling Jaya, menuju ke Kajang. Cadangan masjid? Silalah komen!
Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Negara
apa kata pi masjid Ampg jer,, suka btul kn amik kesempatan 😛