Nasi Ambang The Colors Food

Nasi Ambang The Colors Food

Siapa ingat lagi entry aku pasal Nasi Ambang di sini dan di sini? Siapa belum baca, klik la ye..

OK, kali ini nasi ambang yang aku nak “featured” adalah Nasi Ambang The Colors Food. Kaedah moden penjualan nasi ambang, menggunakan van, boleh dihantar dari rumah ke rumah! Sejak aku lihat gambar-gambar nasi ambang di Facebook, aku teringin nak try, tapi tak pernah jumpa.

Ketika Kembara Tarawih aku di Masjid Al-Makmuriah, aku berkesempatan bertemu dengan van Nasi Ambang ini ketika pemilik (aku rasa la) Nasi Ambang ni memberi sedekah, nasi ambang yang tak sempat dijual, kepada jemaah masjid.

Aku tengok dekat-dekat.. memang berwarna-warni. Aku tanya la.. “Bang, apa beza warna-warna ni?” Dia jawab, “Saja nak bagi lawa!” Loh! aku ingat lain warna lain la isi kan.. Kot-kot ada ayam lebih ke, ade daging ke. Tanpa membuang masa, aku ambil satu, simpan dalam kereta.. Kat rumah la makan..

Nasi Ambang

Nasi Ambang

Dah2.. tak boleh tunjuk banyak-banyak.. nanti ada yang salah faham, aku jugak di”sound” lagi

Kredit Gambar: Tuan Punya Gambar – Nasi Ambang The Colors Food

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Shares