Ambang

Ape tu? Pernah dengar nasi ambang? Pernah makan nasi ambang? Ape? Makan sorang-sorang dalam dulang besar tu? Tak ambang la namanya.. Nasi ambang (sebut: ambeng) ni makanan tradisi masyarakat Jawa. Selalu disajikan ketika majlis kenduri doa selamat, kenduri kahwin dan sebagainya. Nasi yang banyak dimasukkan ke dalam dulang yang besar. Lauk-lauk yang pelbagai seperti ayam masak kicap, sambal goreng, ikan masin, timun, bihun goreng, sayur tumis serta serunding kelapa menjadi side dish utama hidangan ini.

Kenapa? Banyak sangat? Bukan makan seorang.. tapi ramai.. Selalunya nasi ambang ini kapasitinya 4 orang sedulang.. Ape lagi? Sikit sangat orangnya? Bukan die nak makan sorang.. Setelah nasi di dalam dulang dibahagi 4, dan lauk juga dibahagi 4, makan kerja bungkus-membungkus dijalankan.. Makanlah kat rumah bersama keluarga.. Teknik ini digunakan dalam kenduri doa selamat yang mana hanya kaum bapa sahaja terlibat. Itu sebab die bungkus..

Daun pisang tu jangan lupa pulak.. Daun pisang tu kire bahan utama jugak la, sama macam nasi lemak daun pisang jugak kan.. Anda nak cuba? Silakan.. Sediakan dulang, daun pisang, kalau tiada, guna plastik pun boleh.. dan lauk pilihan anda sendiri..

Makan style ambang ini juga diamalkan oleh jemaah tabligh.. Kalau anda pernah keluar bersama-sama mereka, mungkin anda pernah mengalami situasi makan cara ini..

7 Responses

  1. miss chubby says:

    tak pernah laks makan..macam tak best jer..campur2 cam tu

  2. paanMFR says:

    blom try blom tau:)

  3. kalau di kg aku nasi ambang tidak dimakan kat situ oleh org yg dtg kenduri. tetapi di belah2 utk 4-6 orang dan dibungkus. kendian di bawak balik umah makan dgn family.

    miss chubby – nengok mmg mcm tak sedap..tapi inilah tradisi masyarakat jawa ttg muafakat. cuba rasa dulu baru cakap sedap tak sedap. sudah ramai kawan2 etnik aku mencubanya. mmg sedap! lagi2 dgn aroma daun pisang…perghh!!!!! 🙂

  4. paanMFR says:

    yeah, betul..
    dan pernah sekali belajar membelah dan membungkus nasi ambang lepas kenduri doa selamat..

    gambar di atas diambil kat rumah..
    saje2 buat nasi ambang…
    so, kapasiti die kurang sket..
    makan 3 org dalam dulang tu..
    kenyang..

    insyaAllah lepas ni nak letak cerita bubur merah putih plak.

  5. megat says:

    nasi ambang nie bukan ke asal dari makanan org jawa!? tak tau mungkin aku dengar dr sumber yg x boleh dipercayai… tapi selalu nya bila aku gi kenduri org2 jawa camtu.

    tapi sebenarnya nasi ambang ni klu kena pada cara masak dan sedia mmg best rasanya… dan paling penting makan secara bermusawwarah

  6. paanMFR says:

    Makan sorang-sorang dalam dulang besar tu? Tak ambang la namanya.. Nasi ambang (sebut: ambeng) ni makanan tradisi masyarakat Jawa. Selalu disajikan ketika majlis kenduri doa selamat, kenduri kahwin dan sebagainya

    Sumber-sumber semuanya boleh dipercayai, sebab di sini pun dinyatakan perkara yang sama. Kini, nasi ambang bukan sahaja dihidangkan pada majlis kenduri, tapi dijual di tepi2 jalan seperti nasi lemak. Jika anda ke Kampung Jawa, Hulu Langat, ada gerai kecil yang menjual Nasi Ambang ini untuk sajian 2 org.

  7. Keren mas, saya baru tau tentang ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *