Kembara Tarawih: Masjid Al-Makmuriah

Masjid Al-Makmuriah

Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Wilayah Persekutuan

Destinasi Kembara Tarawih diteruskan lagi. Kali ini aku mengharung hujan dan kesesakan jalan raya. Lokasi kali ini adalah Masjid Al-Makmuriah, Kampung Sungai Kayu Ara. Masjid ini agak terlindung dan tersorok daripada pandangan. Namun lokasinya di antara Bandar Utama, Ara Damansara, Damansara Utama dan Damansara Jaya. Kampung yang dikelilingi oleh kawasan elit. Hebat!

Pra Buka Puasa. Aku tiba hampir jam 7 malam. Hujan sudah semakin reda, tapi tak berhenti. Kelihatan meja dan kerusi disusun rapi, juadah disusun di atas meja, menandakan hampir waktu berbuka. Sampai saja di masjid, tahlil dimulakan. (macam tunggu aku pulak.. hehe) Selesai Tahlil, bacaan Asma’ Al-Husna beramai-marai.. wah, menarik! Masjid-masjid sebelum ni tak ada ni. Selesai Asma’ Al-Husna, masing-masing mengambil tempat duduk. AJK makanan begitu aktif memastikan jemaah dapat tempat duduk. Syabas AJK!

Kampung Sungai Kayu Ara

Buka Puasa. Juadah yang disediakan adalah kurma, buahan, air teh susu dan teh-o, bubur lambuk dan nasi bungkus. Pabila azan berkumandang, masing-masing berdoa dan makan. Ada yang makan kurma, buahan dan bubur sahaja, ada yang makan nasi sekali. Jemaah bebas nak makan nasi dahulu atau nak makan lepas solat maghrib, sebab dah dibungkus. Mudah nak simpan. Mudah nak bawak balik..

Buka Puasa

Solat Tarawih. Solat Tarawih di masjid ini dilaksanakan sebanyak 20 rakaat. Imam? Import.. Hafiz.. Muda.. Laju dan bersemangat bacaannya. Tapi.. Aku tak tahu lah. Mungkin sebab hujan, sejuk.. Jemaahnya kurang bersemangat. Kebiasaannya antara solat ada bacaan selawat yang disambut2.. Tapi sambutannya seperti nak tak nak. Bilalnya pula tersekat-sekat baca selawat tu. Ada kertas, kurang lancar mungkin.

Aktitivi Ramadhan. Aktiviti sepanjang Ramadhan disusun dengan begitu cantik dan rapi, serta ditampal di papan kenyataan. Jadual sponsor buka puasa, moreh, bubur lambuk, juga sahur di 10 malam terakhir juga disediakan. Masih ada lagi yang rongak.. So, siapa yang nak sponsor, silakan! Buka Puasa: RM1200, Bubur Lambuk: RM250, Moreh: RM300.

Sementara menanti waktu Insyak, tiba-tiba datang sebuah van kuning, berlukis, cantik.. Pemandu turun, buka bonet, keluarkan 4 bakul. Nasi Ambang The Colors Food da.. Beri sedekah kepada masjid. Itulah dia rezeki orang berpuasa. 🙂 Aku ambil satu, bawa balik rumah.. makan.. Terima Kasih!

Nasi Ambang

Ulasan hari ini rasanya tidak begitu bersemangat, mungkin sebab hujan, sejuk, cepat mengantuk. Maaf jika kurang menarik hari ini. Esok sambung lagi.

Kredit Gambar Van Nasi Ambang: Nasi Ambang The Colors Food

Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Kota Damansara

5 Comment(s)

  1. Abhamz says:

    salam, memang best dapat berimamkan imam yang hafiz…tetapi tu bergantung kpd pihak pengurusan masjid…bg sesetengah masjid lebih suka imam yang biasa…maknanya yg baca surah-surah pendek je…

    [Reply]

  2. PaanMFR says:

    sepanjang kembara ni belum jumpa lagi yang baca surah lazim..
    surau di rumah saja yg baca surah lazim.

    [Reply]

  3. mrnamie says:

    menarik.. kat sini pun guna imam muda yang hafiz.. alhamdulillah setakat ni tak ada apa masalah… Moga dilancarkan sepangjang ramadhan ni..
    Entri Blog terkini oleh mrnamie ..Orang cacat yang menipu di Maybank Melaka

    [Reply]

  4. kantankirana says:

    Sahutan jemaah atas bacaan selawat oleh tok bilal tak semeriah dan segamat masa aku bebudak dulu..rata2 masjid para jemaah macam tak semangat jer nak menyahut bacaan selawat semasa solat tarawih…suara sumer kat dalam perut..
    pengurusan masjid kene pikirkan sesuatu..

    [Reply]

  1. 17 August 2010

    […] This post was mentioned on Twitter by PaanMFR, PaanMFR. PaanMFR said: MFR Blog: Kembara Tarawih: Masjid Al-Makmuriah http://bit.ly/c9fu7H […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares