Kembara Tarawih – Jom Timba Pengalaman
Wah, macam rancangan TV ala-ala Travelog pulak. Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, aku nak juga try sesuatu yang baru, sesuatu yang lain la orang kata. Kalau abg Fedtri Yahya ada rancangan Masjid ke Masjid, aku pula nak cuba sesuatu yang lebih kurang sama. Kembara Tarawih.
Aktiviti Ramadan aku kali ini berdasarkan keadaan aku yang baru saja menyewa di Damansara. (Padahal rumah kat Kajang je..) Aku menyewa di sini sebab dekat dengan pejabat aku sekarang. Mutiara Damansara. Lagipun aku agak baru di kawasan ini, ingin jugak mengembara sekitar kawasan Petaling Jaya dan Damansara.
Modus Operandi: Pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, aku akan pergi ke masjid-masjid sekitar Petaling Jaya, Damansara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya untuk menunaikan solat sunat tarawih. 1 malam, 1 masjid. Hep! Aku bukan nak makan free kat masjid okey.. tapi kalau dah dipelawa.. apa salahnya.. hehe. Sabtu dan Ahad aku akan pulang ke Kajang dan solat kat sana je la bersama keluarga dan jiran. 🙂
Nak juga aku rasa pengalaman bersolat di masjid-masjid yang berbeza. Mana tahu di sana ada imam import, ada baca surah panjang-panjang, bacaan selawat antara solat yang mungkin berlainan.. moreh sedap2.. eh.. silap.. Lain masjid, lain caranya kan?
Aku harap projek kecil sepanjang Ramadhan ni dapat lah dilaksanakan dengan jayanya. Korang doa-doakan la aku ya.. Sama-sama kita doa, agar dapat diberikan kekuatan menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini.
InsyaAllah setiap masjid yang aku terjah akan aku review sikit2 sedaya mampu dalam blog ni..
Salam Ramadhan.
p/s – Masjid Tuanku Mizan dalam gambar ni pun aku nak try pergi juge.. insyaAllah..
Mulakan Kembara Tarawih Di Sini <– KLIK!
selamat menyambut ramadhan 🙂