Kembara Tarawih – Surau Mutiara Damansara

Kembara Tarawih - Surau Mutiara Damansara

Bismillah..

Haa?? Surau? Kata nak pergi masjid!? Mesti itu soalan korang kan? OK, mari aku cerita. Surau Mutiara Damansara ini merupakan surau yang dinaiktaraf sebagai masjid. Surau ini digunakan untuk Solat Jumaat setiap minggu. Maknanya besar la kan?

Jemaah. Fuh.. Malam Pertama katakan.. sangat ramai.. budak-budak pun ramai. Bising pun bising juga. Tapi nak buat macam mana kan, budak-budak.. (ayat wajib).

Imam. Ada 3 orang Imam yang mengetuai Solat Tarawih ini. Aku rasa kesemuanya orang tempatan, bukan bangsa / warganegara lain. Cumanya mereka ni semuanya Hafiz dan belajar di luar negara. Syria, Mesir dan India.

Rakaat. Ini pun kene kira ke? OK. Imam-Imam ni baca ayat.. Panjang tak berapa panjang la. Yang bestnya, x laju macam sesetengah Hafiz tu.. Yang ni baca mcm mengaji.. sedap telinga dengar.. So.. bila baca ayat, maka rakaatnya 8 sahaja.. lepas 8 terus witir.

Moreh. Dey, ni malam 1st la.. ade ke moreh? Kat Surau ni aku lihat takde, mungkin sebab 1st night kan..

Buka Puasa. Yang ni agak menarik. Pengerusi surau ni ada la buat ucapan sikit. Dia bilang disebabkan tahun ni punya sponsor tak banyak, maka takde la banyak mana buka puasanya.. sekadar yang ada.. Tapi aku tak tahu la banyak mana banyak dan sikit tu. Kawasan Mutiara ni semua banglo je.

Bagi aku Surau Mutiara Damansara ni ada kelainan la daripada kebiasaan yang aku lalui tiap kali tiba Ramadan. Kalau nak Solat Tarawih kat sini lagi pun aku tak kesah. Tapi misi kembara ni nak try Surau / Masjid berlainan kan.. OK.. Stop.

Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Jamek Tengku Abd Aziz Shah

6 Comment(s)

  1. Cik Norfa says:

    bagus..try semua surau. leh jumpa mcam2 orang dan imam..mcm2 bacaan la nanti.

    [Reply]

  2. diraja22 says:

    jauh perjalanan luas ilmu..
    Entri Blog terkini oleh diraja22 ..MURKA DIKAITKAN POLITIK

    [Reply]

  3. dark_half says:

    kembara tarawih…menarik tu paan
    hopefully ada ulasan utk setiap surau/masjid yg disinggah 🙂
    Entri Blog terkini oleh dark_half ..9 Kalau Aku Bendul Kau Apa Bangang!

    [Reply]

  1. 11 August 2010

    […] This post was mentioned on Twitter by PaanMFR, PaanMFR. PaanMFR said: MFR Blog: Kembara Tarawih – Surau Mutiara Damansara http://bit.ly/bedEe1 […]

  2. 1 August 2011

    […] Mulakan Kembara Tarawih Di Sini <– KLIK! […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Shares