Salam Ramadan
Salam Ramadan semua. Hari ini kita semua start puasa. Harap-harap tiada la apa2 halangan insyaAllah.
Ramadan kali ini insyaallah merupakan Ramadan yang terakhir.. ha? kenapa? Ye la, Ramadan kali ini adalah Ramadan terakhir sebagai seorang bujang.. cewah.. InsyaAllah jika ditemukan dengan Ramadan akan datang akan menjadi Ramadan pertama sebagai suami orang gitu.. cewah..
OK, jika tahun lepas, aku ada buat 1 projek mini dinamakan Kembara Tarawih. Setiap malam (Isnin hingga Jumaat) aku akan menerjah masjid-masjid berbeza untuk berbuka dan bertarawih. Itu tahun lepas ketika aku duduk menyewa di luar. Tapi tahun ini mungkin tidak dapat aku berkembara lagi kerana dah tak duduk rumah sewa lagi, kembali duduk di rumah di Kajang bersama keluarga. Kalau sempat mungkin akan buat pada hujung minggu itupun jika kelapangan. Kalau nak tahu kisah Kembara Tarawih tahun lepas, boleh bermula di ENTRI INI
Selamat Berpuasa!
wahhh ramadan bujangg 🙂