Kembara Tarawih Di Masjidil Haram?

Kembara Tarawih Di Masjidil Haram?

Mesti best kan kalau dapat buat Kembara Tarawih di sana. Walaupun Ramadan tahun ni mungkin tak dapat buat Kembara Tarawih, tapi nak tulis juga kan. OK, kali ni ceritanya bukan pasal Kembara Tarawih pun, tapi pasal siaran langsung Solat Tarawih Dari Masjidil Haram di Mekah menerusi laman Youtube.

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan ini, Google dengan kerjasama Kerajaan Arab Saudi menyediakan satu saluran khas memaparkan Solat Tarawih secara langsung dari Masjidil Haram di Mekah.

Jika kita di Malaysia ingin menonton, boleh menonton sekitar jam 1-2 pagi. Jika waktu sekarang (bukan waktu Solat Tarawih) suapan secara langsung tetap diadakan dengan memaparkan keadaan di dalam Masjidil Haram dan kedengaran bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Anda boleh menonton siaran langsung ini di http://www.youtube.com/user/MakkahLive

Salam Ramadan!

*entri ini juga ada ditulis di laman projek – Kalendar Hijrah

[tube]x4dki-lXvuo[/tube]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *