Sejarah Cerapan Anak Bulan
Bila tiba waktu dan saatnya, pasti setiap pelusuk rakyat Malaysia akan terpaku di hadapan TV untuk menyaksikan pengumuman peristiwa penting oleh Peyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia iaitu Y.M Tengku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Tengku Ngah. Pengumuman Puasa, Raya Aidilfitri dan Aidiladha pasti dinanti2kan oleh anda. Tapi, tahukah anda bagaimana semuanya ini bermula? Apakah sejarahnya?
Petikan sumber:
Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat Kali Yang Ke-92 pada 15 dan 16 Mac 1972 telah bersetuju supaya penetapan tarikh permulaan Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) meliputi seluruh Malaysia. Sebelum tahun 1972 urusan penetapan Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) adalah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.
Tu dia.. tarikh permulaan penentuan berstruktur ini…
Bagaimana pulak dengan cara penetapan? Ini sedutan sumber lagi..
Kaedah yang digunakan bagi menetapkan permulaan puasa (Awal Ramadhan), Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Haji (AidilAdha) di Malaysia adalah berdasarkan “Rukyah” (Cerapan Hilal) dan “Hisab” (kiraan)
Makanya, ada 2 cara.. Rukyah (teropong) dan Hisab (kira).. Kedua-dua cara ini saling berkaitan dan memerlukan.. Selalunya ahli-ahli Falak yang tahu cara nak kira dan cara nak teropong..
OK.. mari berkongsi fakta:
- Pertama kali cerapan anak bulan dilakukan – 29 Syaaban 1392 bersamaan 7 Oktober 1972 di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
- Tempat cerap terkini: Putrajaya International Convention Center (PICC) – ditetapkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-210 pada 15 Mac 2007.
Ok.. nak tahu lebih lanjut.. sila ke Laman Web Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Wah! Satu ilmu baru! Tidak pernah terfikir pula sejarah mencerap bulan ni. Hehe. Terima kasih di atas perkongsian berguna di atas ini. 😀 Selamat menunaikan fardu Ramadan!
ada lagi trivia2..
Y.M Tengku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Tengku Ngah berasal dr Kuala Besut..
Keturunannya membawak sampai ke Engku Emran (suami Erra Fazira) hehe..