Kembara Tarawih – Masjid Jamek Tengku Abd Aziz Shah
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Surau Mutiara Damansara
Assalamualaikum, Salam Ramadhan.
Kembara malam kedua diteruskan lagi ke Masjid Jamek Tengku Abd Aziz Shah. Di mana masjid ini? Masjid ini terletak di Kampung Sungai Penchala. Berada di kawasan pentadbiran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Masjid ini juga merupakan masjid mingguan aku. Setiap Jumaat aku akan ke sini. Terletak juga di sebelah Restoren Sambal Hijau. Pagar masjid ni jadi dinding kedai makan ni.
Kembara kali ini juga aku ditemani rakan sepejabat, Encik Azahari. Jika anda ikuti facebook saya, dia ni yang selalu “cabul” saya. 🙂 Encik Azahari menetap di Flora Damansara, berdekatan juga dengan pejabat kami. So dia ikut lah sekali.
Buka Puasa. Kami tiba di Masjid dalam jam 7 malam. Meja dan kerusi tersusun, sedia menerima tetamu yang ingin berbuka puasa. Ada kurma dan air. Sebelum masuk waktu Maghrib, Imam Masjid menyertai kami dan mengetuai kami semua dalam Tahlil ringkas. Selesai Tahlil, azan.. buka puasa. Kemudian solat Maghrib dan kemudian makan nasi.
Penaja Buka Puasa. Masjid yang besar sudah tentu akan ada Buka Puasa harian. Masjid ini menetapkan RM800 sebagai tajaan minima kepada sesiapa yang ingin menaja buka puasa. Jadual juga telah disediakan untuk kami rujuk. Hari ini Restoren Sambal Hijau menaja kami.
Aktiviti Ramadhan. Semua aktiviti harian sepanjang Ramadhan telah disusun oleh pihak masjid dan telah dipaparkan di papan kenyataan untuk rujukan umum. Kepada yang hadir pasti akan mengetahui dan memahami aktiviti harian sepanjang Ramadhan di masjid ini.
Solat Tarawih. Acara utama saya di sini. Seperti lokasi yang lepas, masjid ini juga menunaikan Solat Tarawih sebanyak 8 rakaat. Setiap rakaat akan dibaca 1 muka surat Al-Quran. Senaskah Al-Quran bersaiz besar akan diletakkan di hadapan imam di atas “stand” yang disediakan. Selesai 2 rakaat solat, selak 1 muka.. Aggaran masa, 1 rakaan 5 minit.
Pasca Solat Tarawih. Kebiasaannya selesai sahaja Solat Witir, akan baca doa, dan selesai. Dan akan disambung dengan Tadarus. Namun di Masjid ini diadakan Majlis Tahlil Arwah. Ahli Qariah diberi peluang untuk menghantar nama ahli keluarga masing-masing untuk disebutkan ketika Majlis Tahlil Arwah ini.
Moreh. Saya tak sempat nak bermoreh kerana moreh disediakan selepas Majlis Tahlil Arwah. BAdan dah penat, saya pun pulang. Moreh dimasukkan dalam pekej tajaan buka puasa yang telah disebut awal tadi. Penyediaan moreh dan buka puasa dilaksanakan oleh remaja-remaja memakai “vest” Rakan Muda Masjid Jamek Tengku Abd Aziz Shah. Tahniah untuk mereka. 🙂
Secara keseluruhan, perjalanan aktiviti Tarawih di masjid ini berjalan lancar. Cumanya ada beberapa gelagat “orang tempatan” yang kadang kala kita rasakan macam mementingkan diri. Contohnya ketika makan nasi. Yang berada di depan, ambil nasi setinggi bukit. Yang belakang cuma dapat sesenduk nasi sahaja (macam saya.. hehehe). Tapi tidak mengapa, ini semua pengalaman! Itu tujuan utama projek dilakukan.
Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid At-Taqwa
waaa…bestnye leh kembara macam ni abe.. Kalau lah boleh IKUT.. 🙁
ikutlah, di masjid ada juga disediakan juadah berbuka untuk muslimah.