Kembara Tarawih: Masjid At-Taqwa

Kembara Tarawih: Masjid At-Taqwa

Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Jamek Tengku Abd Aziz Shah

Kembara Tarawih malam ini diteruskan lagi. Kali ini di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. Seperti yang korang sedia maklum, kawasan perumahan ini antara kawasan perumahan elit Petaling Jaya. Sebut saja Taman Tun, masing-masing membayangkan orang-orang kaya. Begitu jugalah tanggapan aku.. Hakikatnya kita semua sama sahaja. Berkain pelikat, berbaju melayu, berjubah, berketayap. OK2.. teruskan review..

Buka Puasa. Seperti masjid semalam, sebelum buka puasa, diadakan majlis tahlil ringkas. Aku tiba lewat sikit, tahlil dah separuh jalan. Selesai sahaja tahlil, semua jemaah meluru ke meja-meja hidangan yang telah terhidang makanan berat. Meja bulat ok.. Di meja telah tersedia nasi + lauk + air + kurma. Para jemaat terus mencedok nasi dan lauk dan bersedia untuk makan. Azan berkumandang.. doa.. makan.. Di masjid ini jemaah terus makan makanan berat dahulu (makan nasi). Kira-kira 10-15 minit kemudian segalanya selesai, jemaah terus bersiap untuk solat maghrib.

Pasca Maghrib. Malam ini malam Jumaat. Selepas solat Maghrib, jemaah bebas untuk berehat, mengaji, baca surah Yaasin dan sebagainya. Menjelang waktu Isyak, jemaah tempatan mula mengisi ruang solat.. Penuh..

Solat Tarawih. Pelaksanaan Solat Tarawih di masjid ini agak berbeza daripada 2 masjid yang lepas. Solat Tarawih di sini dilaksanakan dengan 20 rakaat. Imam masih membaca ayat, namum dalam setiap rakaat, ayat yang dibaca pendek sahaja. So tidaklah rasa lama sangat. Jika dibandingkan dengan 8 rakaat dengan ayat yang panjang, jangkamasa Solat Tarawih di sini hampir sama. Balance la kata orang Jawa.

Moreh. Moreh yang disediakan agak menarik juga di sini. Mi goreng, kuih keria, pulut panggang dan sebagainya. Aku tak gemar sangat mi goreng ni, so makan kuih je la. Minum air teh panas. Segar badan! Buka Puasa dan Moreh di masjid ini disediakan oleh katering. (namanya lupa, tapi lokasinya di Kota Damansara).

Secara keseluruhan, malam Ramadhan di Masjid ini sangat best. Kemudahan yang selesa, jemaah yang ramai. Yang paling best, ditakdirkan Allah, aku berjumpa rakan sekuliah aku di sini. Aku memang mengagak dia akan datang kerana ini adalah kawasannya, tapi tak sangka pula dia akan hadir malam tu. Maklumlah orang dah kawin, mungkin ada di rumah mertua ke kan.. Terima kasih Rahman!

Ok, cukup lah tu. Kalau tulis panjang-panjang korang nak baca ke? Hehe. Kembara esok akan keluar jauh sedikit daripada kawasan Petaling Jaya ni. Mungkin ke Kuala Lumpur, kerana selepas itu aku akan terus pulang ke Kajang! 🙂

Sekiranga korang arif kawasan Petaling Jaya, Damansara, Kelana Jaya, cadang-cadangkanlah masjid-masjid yang boleh aku ziarah ya! Komen2 sekali ya!

Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Wilayah Persekutuan

3 Comment(s)

  1. Benci Penipu says:

    INI BUKAN GAMBAR MASJID AT-TAQWA

    [Reply]

    PaanMFR Reply:

    @Benci Penipu,

    Ya tepat sekali. Gambar di atas bukan gambar Masjid At-Taqwa. Dan saya tidak pernah mengatakan gambar di atas adalah gambar Masjid At-Taqwa. Gambar di atas hanya gambar hiasan untuk dijadikan “header”.

    Terima kasih atas komen anda. 🙂

  1. 13 August 2010

    […] This post was mentioned on Twitter by PaanMFR, PaanMFR. PaanMFR said: MFR Blog: Kembara Tarawih: Masjid At-Taqwa http://bit.ly/ahSFZk […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares