Kalau dah KAYA SANGAT, gunalah Smart TAG
Salam. Setiap hari aku melalui satu plaza tol untuk ke pejabat. Tol Plaza Sg Penchala, Lebuhraya Damansara Puchong. Kadar untuk kelas 1 sebanyak RM1.60. Jika di lorong tunai, paling banyak nak bayar pun RM2 yang akan dikembalikan 40 sen.
Sepanjang minggu ini, aku terpaksa melalui lorong tunai disebabkan Kad Touch n Go yang aku selalu guna Mak nak guna untuk pulang ke kampung. Mak punya kad kan, mestila mak nak guna. So, aku bersiap sedia dalam bag aku ini sejumlah wang syiling untuk aku bayar tol di lorong tunai.
Apa yang aku nak luahkan hari ini adalah sikap segelintir masyarakat yang kononnya terlalu kaya, naik kereta mewah buatan Jepun, tapi guna lorong tunai. 4 lorong Touch n Go dan 2 lorong Smart TAG disediakan untuk golongan ini. Aku mengatakan golongan mewah ni perlu guna lorong Smart TAG khususnya sebab diorg takdenya nak turun tingkap kan.
OK, meleret lagi.. golongan mewah yang mengada-ngada guna lorong tunai ni SEMATA-MATA NAK PECAHKAN WANG RM50 DI PAGI HARI YANG HENING!!!. Owh please.. Tahu la awak orang super KAYA. Tapi jangan buang masa orang lain. Sediakan la wang kecil untuk bayar TOL. Kalau nak lagi mudah, guna la Touch n GO atau Smart TAG!
Kalau nak pecah wang sekali pun, jangan ketika waktu puncak. Waktu kereta banyak. HAISH!
Ada juga yang macam ni ye. Kekadang memang perasan ramai kereta mewah yang guna lorong tunai, tapi tak prasan pulak dorang nak sekadar pecahkan duit. Hehe
Ni memang golongan selfish. Sakit hati kalau queue belakang diorang ni.
kadang2 kita je yang berprasangka begitu..
biasalah orang kaya mana simpan duit kecik..
sebelum ni lagi la..
kereta kancil lama, tapi byr RM50 jugak.. depan aku jugak.. demmm