Kepil Tak Terkepil
Pernahkah anda mengalami situasi ini? Apabila salah seorang rakan anda di Facebook post sesuatu yang mungkin penting baginya, tetapi anda hanya lihat “Attachment Unavailable“. Apakah sebabnya perkara ini terjadi? Adakah rakan anda sengaja nak “prank” anda? Atau rakan anda hendak sebarkan virus kepada anda melalui wall?
Attachment Unavailable ini terhasil disebabkan bahan yang rakan anda kongsi kepada anda sebenarnya telah dilindungi oleh aturan “privacy” daripada sumber yang menghantar bahan asal. Macam mana tu? Jom baca perenggan seterusnya.
Facebook terdiri daripada beberapa “saluran” untuk berinteraksi, samada melalui profile anda, page mahupun group. Saluran yang selalunya menggunakan aturan “privacy” ini adalah GROUP. Kita boleh lihat aturan “group” ini terkadang terbuka, terkadang tertutup dan terkadang rahsia. Jadi, apa sahaja maklumat yang disampaikan di dalam “group” itu tertakluk kepada aturan “privacy” group tersebut. Mana-mana pengguna yang bukan ahli, tidak akan nampak apa yang diletakkan di dalamnya.
Attachment Unavailable ini pula terjadi apabila salah seorang ahli “group” yang tertutup contohnya, berkongsi bahan daripada group tersebut kepada group lain yang disertainya. Si penghantar mungkin akan nampak apa bahannya yang dikongsi, tetapi rakan-rakan dalam group yang lain pula tidak akan nampak apa yang dikongsi. Maka jadilah “Attachment Unavailable“.
Sebab-sebab yang lain? Bahan asal sudah dbuang! 🙂
Komen Terkini