Tahun Baru, Peranti Baru

image

Perancangan memiliki sebuah telefon bimbit yang lebih kecil daripada Galaxy Note 2 ini sudah lama. Namun semua ini boleh direalisasikan pada tahun 2014 selepas kontrak Blackberry Internet Service (BIS) tamat. Jadi boleh tukar pakej yang lebih murah. Peranti juga perlu diganti. Tak perlu guna Bold 2 lagi

Jadi saya memilih peranti ini dengan harga RM659, lebih murah daripada harga “retail”. Boleh didapati di Directd. Beli secara online.

Model Ace 3 yang dibeli didatangkan bersama jaminan daripada SME selama 12 bulan. Maknanya “ori” lah. Model Ace 3 ini juga adalah model yang dilengkapi dengan sambungan internet LTE.

Jom unboxing!

image

Masih berbungkus, dihantar oleh Pos Laju. Terima kasih Pos Laju.

image

Pakej didatangkan bersama hadiah percuma! Charger USB untuk kereta, pembaca kad memori dan ‘stylus’.

image

Kotak masih “sealed” dengan pelekat Samsung.

image

Nindia! Sudah dibuka.. haha

image

Semua barangan yang yang ada dalam kotak. Charger, bateri, handsfree, manual dan lain-lain..

image

4G. Bermakna model ini adalah model LTE. Laju….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *