Full Video #MaharajaLawakMega 2013 – Minggu 1
Salam. Sesiapa sahaja yang masuk ke page / post / entri ini pastinya ingin menonton apa yang tertera di tajuk bukan? Namum anda janganlah terlalu kecewa kerana saya pastinya tidak akan menyediakan apa yang ingin anda tonton, melainkan anda menontonnya sendiri di TV. Ataupun cari sahaja di youtube. Mudah kan? Mudah betul jadi penjenayah.
Entri yang lalu, saya ada menceritakan bagaimana saya pernah menjaga beberapa page Facebook rancangan-rancangan popular ini. Selain daripada itu, saya juga pernah ditanggungjawabkan “menjaga hakcipta” rancangan ini terutamanya dengan segala kecanggihan teknologi. Anda pernah mengalami situasi di mana apabila anda hendak tonton klip video rancangan ini, tiba-tiba anda mendapat mesej bahawa video ini sudah dipadam / dibuang? Haaa.. itulah kerja saya (dahulu… bukan sekarang)
Jadi.. anda pasti tertanya.. bagaimana saya melakukannya?
Pertama, anpa perlu ada akaun Youtube yang sudah dinaiktaraf menjadi “Partner” dan bukan semua ada kelebihan ini. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kelebihan ini seperti KRU, Warner Music dan penerbit-penerbit besar yang lain.
Kedua, anda perlu ada video asal / video program penuh, kalau dua jam, dua jam lah ya. Betul, anda perlu ada bahan yang asal untuk membenteras bahan yang dilanggar hakciptanya.
Proses yang lain tidak perlulah saya dedahkan. Cukup sekadar ini sahaja.
Masih kecewa dengan entri ini kerana tidak dapat tonton video yang ingin anda tonton? Sila ke www.youtube.com dan search ya.
PaanMFR: Jangan “langgar” hakcipta orang lain, nanti kene la jawab di”sana”. Selamat menonton.
Komen Terkini