Aku Langgar Kucing??
Seram kan bunyinya? Semalam ketika nak keluar dari rumah untuk ke tempat kerja untuk hari yang terakhir, aku dikejutjan dengan satu kejadian yang aku selalu cuba nak elak ketika mengeluarkan kereta. Semasa aku undur, tidak rasa apa-apa pelanggaran, bila nak tutup pintu pagar, aku perasan salah seekor kucing aku dalam keadaan terbaring, menggigil macam kene sawan, dan kencing terpancut2.. seram keadaannya..
Mak keluar untuk periksa apa yang berlaku.. aku terus ke pejabat seperti yang mak suruh.. Risau jugak.. rasa bersalah pun ada.. hish.. sampai la aku balik malam itu..
Mak cakap.. “Kucing tu elok je badannya, xde kesan kene langgar, kalau kene langgar, isi perut semua keluar…” So? Apa yang berlaku sebenanrnya? Aku masih tak tahu sampai sekarang. Namun yang kami semua tahu, anak kucing tu memang sakit, mata sebelah buta, dan macam2 sakit lagi lah.. Mungkin itu ajalnya.. dah takdirnya begitu.. Redha je la.
PaanMFR: Hati-hati bila undur kereta..
mungkin gak ko lenyek dia…sbb kucing sy pernah skali sy undur kete n terlenyek x keluar pon isi perut cuma dia menggigil sakit la lepas tu…pastu innalillah…memang x perasan dia kat belakang =(
ada kesan langgar x?
ntahla, smpi skng aku masih confuse
xde plak kesan langgar…sy pon kompius time tu…lepas tu mati…sebesalah gak sbb kecik je kucing tu
ni kes langgar lari ni..gi wat laporan polis..hehe
polis dah dtg amik kesan darah nk uji DNA.. heheh
haha hukumannya denda rm2000 atas kesalahan langgar lari