Migrasi. Perlu Atau Tidak?
Salam. Topik ini mungkin agak remeh bagi sesetengah pihak yang menggunakan hosting berbayar sebagai tempat untuk mereka hanya berblog. Namun bagi aku, perkara ini sangat penting.
Jentayu.Com bermula dengan sebuah laman web biasa, tanpa ada jualan semula (Reseller) untuk diniagakan. Tapi ada sedikit fungsi sahaja yang membolehkan aku menjual sedikit. Masa tu belum ada lagi cPanel yang sangat popular itu. Lokasi server terletak nun jauh di US, dikendalikan oleh syarikat hosting biasa2. Kalau aku sebut pun x guna, dah tak wujud.
Kemudian, bermula langkah ke alam cPanel / WHM apabila aku migrasi ke Brickfields, KL. Belajar untuk bayar sewa hosting secara bulanan. Ketika itu aku masih di kampus hijau. Belum habis pengajian.
Kemudian migrasi lagi! ke Cyberjaya, kompeni lain. Sebabnya? Perlukan kos yang rendah dengan peluang keuntungan yang tinggi. Pada masa yang sama juga aku memulakan projek widget aku. Jumlah pengguna yang banyak membuatkan server selalu terganggu. Hinggakan aku kehilangan pelanggan.
Selepas itu, aku berpindah lagi 2 kali, sampai la server sekarang ini. Kos yang tidak la terlalu mahal. Tapi masih tinggi.. Aku perlu cari rumah baru lagi. Untuk tampung pelanggan, untuk tampung diri sendiri. Kali ini aku akan cuba asingkan, pelanggan dan diri sendiri. Dan aku limitkan kos, lebih rendah daripada sekarang.
Kejadian semalam yang aku rasa kebetulan, menjadikan peratus kemungkinan aku untuk migrasi sangat tinggi. Lebih 12 jam server ini mati, hanya disebabkan oleh 1 laman web dan petugas SKMM yang tidak tahu bagaimana server di Datacenter beroperasi. Bayangkan, yang terlibat hanya 1 laman web di shared hosting, tapi SKMM hendak sita SELURUH SERVER!!! OK2.. emo2.. sabar2..
Sekarang dah pulih. Aku akan mulakan Operasi Migrasi.. pada hujung bulan Mei ini.. harap bersedia!
p/s – pindah je la Paan.. yang penting kos tu..
bodoh punya SKMMM, nama je org IT tapi nak sita2 satu server tu kan bodoh namanya…permata hijrah tu bukan memudaratkan pun… ni semua sbb dengki bisness…
susah kan kalo x tau amende sangat, tapi action yg nak dibuat smpai tahap terlampau? nak tunjuk hebat ker? aiyok. apa2 pun, harap smuanya ok seperti biasa ASAP 😉
.-= Entri Blog terkini oleh Wawa~* ..Orang Lelaki Besi 2 =-.
Thanks atas cacian dan komen..
Yang akan betul2 pindah adalah semua *.jentayu.com dan beberapa akaun yang saya urus sendiri. yang ni xde dah pakai cPanel, tak byk beban.
Akaun2 pelanggan, kita akan pindah bilik saja. Rumah tetap sama di sini. Proses akan berjalan akhir bulan ini. 24 – 28 Mei. harap xde yang update blog waktu tu.
Yang penting, 3-4 akaun besar akan terminate. Akaun2 ni org2 yg agresif sikit. Down sikit dah bising. Dia kata nak pindah. Saya bagi tempoh seminggu untuk kemas. Xde nk tunggu expired. Sape2 yang berkenaan maaf la ye kalau terasa.
sabau yek paan. aku doakan ade lagi nnti customer baru. aminnn…
.-= Entri Blog terkini oleh Wawa~* ..Orang Lelaki Besi 2 =-.
pindah jer la.. aiman tak kesah.. eheheh
caman pun, kalo bertukor link/url nanti jgn lupa sound awal2 kat aku….