Teknologi Yang Merosakkan

Teknologi Yang Merosakkan

Mungkin ada di antara anda semua yang pernah dengar atau menyertai Pertandingan Menulis Surat Kepada PM.

Saya terbaca 1 keratan akhbar di Kosmo! mengenai sejumlah besar peserta yang tersingkir dengan mudah hanya kerana format penulisan yang tidak betul.

Antara sedutan keratan akhbar tersebut:

“Kemungkinan kecanggihan teknologi yang tertumpu kepada SMS menyebabkan ramai yang tidak mahir lagi menulis surat dan terlupa caranya,”

Artikel penuh: Klik Di Sini

Teknologi SMS yang telah merosakkan serba sedikit bahasa yang kita gunakan dalam penulisan. Memang benar Dewan Bahasa Dan Pustaka ada mengeluarkan garis panduan penggunaan “short-form” dalam SMS, namun ada juga beberapa “short-form” yang sangat pelik dan tidak difahami.

OK, itu satu kes.. “short-form”, kes yang lain ada juga.. “long-form” Haa.. betul.. ini betul-betul kejadian.. contohnya:

Dia – Dyer
Itu – Iteuw
Kita – Kiter

Kes lain lagi? ejaan yang diubah.. ala-ala manja gitu..

Sayang – Cayunk
Aku – Aq
Nanti – Nnty

Dan banyak lagi lah. Saya faham ada yang mungkin terasa. Maaf dihulur, tapi demi menjaga bahasa penulisan, mungkin kita boleh cuba untuk kemaskan lagi penulisan dengan ejaan yang betul walaupun tidak berformat.

8 Responses

  1. lixdo says:

    haha betul tue sekarang punye sms aku nak faham pun susah gila..

  2. PaanMFR says:

    kene ambil kursus belajar bahasa SMS la pulak. 🙂

  3. bobbetonth says:

    betul2…da terbiasa dengan bahasa sms….

  4. PaanMFR says:

    aq ase kowg phm x ap aq nk btau ni? <- hahaha.. bleh bace? rasenya boleh kan.. takde complicated sangat.

  5. zirconia says:

    betul tu..mmg tak fhm dgn long form dlm sms..dah nama pun short messaging system kan, pergi rajin tambah2 huruf lagi..huhu

  6. PaanMFR says:

    Sebenarnya entry ini merupakan Topik forum yang saya dah letak di laman web kumpulan sasar (dalam tu memang ramai budak-budak sekolah)

    Kadang-kadang baca forum tu pun dah pening kepala.. nak moderate macam mana lagi ye tak?

    Apa yang saya sarankan kepada mereka, belajar tulis dengan betul, dalam blog. kalau dalam SMS tu memang tak boleh nak elak lagi la kan. 🙂

  7. Cik Norfa says:

    alaarrr…ittew nk tulih camtew pong x bagy taw.
    sukati ittew ar nak tulih caner an.

    hahaha aku nak nyebut pun kemain tergeliat…nak merangka tulis pun tak tahu..

  1. 2 April 2010

    […] This post was mentioned on Twitter by PaanMFR, PaanMFR. PaanMFR said: MFR Blog: Teknologi Yang Merosakkan http://cli.gs/rV4jH […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *