Tutorial – Update Status: Tag Profile / Page lain di Facebook

Salam Kawan-kawan

Tak tau la kalau Tutorial ni macam dah basi je. Tapi ramai Facebookers di luar sana masih tak tahu nak buat tag profile / fan page / group dalam status mereka. Mereka cuma tahu nak tag di imej sahaja.

1. OK. Mula-mula, taip seperti biasa di ruangan update status.

2. Kemudian, taip tanda “@” tanpa (” “) seperti di bawah

Tutorial Status Update: Tag Profile Lain di Facebook 02

3. Tunggu sehingga perkataan Loading bertukar kepada Type the name of someone or something…

Tutorial Status Update: Tag Profile Lain di Facebook 03

4. Taip sahaja pangkal nama yang anda ingin Tag. Lepas drop-down menu muncul. Pilih profile yang anda hendak Tag.

Tutorial Status Update: Tag Profile Lain di Facebook 04

5. Lepas klik, teks anda akan bertukar menjadi nama yang anda pilih serta ada link ke profile yang anda tag. Status ini juga akan muncul di wall profile yang anda Tag.

Tutorial Status Update: Tag Profile Lain di Facebook 05

Selamat Mencoba!

Sape nak CD Dayang? Siap ada video sekali.. Boleh masuk peraduan yang melibatkan teknik di atas!
Klik SINI

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares