Terima Kasih Cikgu!!

hari_guru.jpg

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca."

Sudah pasti anda ingat sedutan sajak ciptaan Usman Awang ini. Sajak bertajuk Guru O Guru yang dicipta pada tahun 1979 ini menjadi satu penghargaan yang begitu besar kepada seorang insan bergelar guru. Sambutan Hari Guru 2007 kali ini diadakan di Johor Bahru. Tema pada tahun ini pula adalah Guru Penjana Modal Insan Gemilang. Walaupun agak klishe namun penuh bermakna.

paanMFR: teringat pada cikgu-cikgu paanMFR yang pernah menjadi anak murid kepada bapak paanMFR

Pautan Berkaitan:
Sambutan Hari Guru 2007 Peringkat Kebangsaan
Sajak Guru O Guru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *