Cakap² mesra

Kalendar negara tidak lengkap tanpa acara-acara tahunan yang penting. Contohnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Walaupun PC Fair sudah berpindah ke KLCC, namum acara ini masih mengekalkan tradisi mereka dengan mengadakan acara ini di PWTC.

Seperti biasa Dewan Tun Razak 3 dan 4 dipenuhi dengan pelbahagi buku antarabangsa juga tempatan. Kelainan kali ini adalah penerbit buku yang sangat tersohor mendominasi Dewan Tun Dr. Ismail. Anda pasti tahu kan? Dewan Tun Hussien Onn juga digunakan kali ini sebagai kawasan pameran.

OK, saya taknak cakap la pasal Pesta Buku ni, cuma nak cakap pasal penganjur acara ini yang perihatin terhadap cakap² mesra antara pengunjung dan pegawai acara. Bukan yang tak baik tau! Tapi yang baik. Tahniah! Mungkin cakap² mesra saya dengan pegawai tersebut antara beribu lagi cakapan mesra pengunjung terhadap pegawai mereka.

"Kalau kawasan lapang ni letak kerusi kan molek, senang makcik² nak duduk rehat kejap.. penat round dewan ni.."

Hasilnya? Lawatan saya kali kedua menampakkan berpuluh kerusi lipat diletakkan di kawasan² lapang di dalam dewan. Cayalah!!!

Ikalan lagi..
splash_radja_450.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Shares