Spinning the web with style.. Not anymore!

Jika anda pengguna internet sejak tahun 2001, pasti anda ingat salah satu laman web yang menggunakan Flash hasil buatan anak malaysia. Borzack: Spinning the web with style.. aku mula-mula lihat laman web ini ketika aku masih di tingkatan lima. Laman yang gelap dihiasi dengan labah-labah yang membina web, simbolik kepada programmer-programmer dan designer-designer yang menghiasi dunia web ketika itu. Aku sungguh kagum melihat laman tersebut. Kire bangga la ada anak malaysia, melayu yang bisa membelit web dengan gaya tersendiri.

Aku sekali lagi terpegun ketika menuntut di universiti apabila diberitahu oleh kenalan, bahawa pemilik laman tersebut bekerja di syarikatnya, sebagai penggubah nada dering (ringtone). Nada dering yang dihasilkan ketika itu (mono) amat berbeza dan telah menghasilakn satu revolusi nada dering yang nyata berbeza.

Sehingga lah kini, aku berjumpa dengan laman web versi blog yang dihasilkan oleh Borzack (Bz) sendiri. (Fontastic Life) Sila lihat senarai link di sebelah kanan. Bz mula membuka blognya sendiri mengikut arus edaran gaya hidup masa kini. (ape aku tulis ni?) Aku juga sempat berjumpa dengan Bz, sembang-sembang.. Bz bilang, skill flashnya semakin hari semakin hilang disebabkan skill composernya yang berevolusi setiap hari.. Hari-hari buat ringtone woo.. Dahsyat… Aku harap Bz dapat buka balik laman lamanya untuk disajikan kepada pengunjung laman ini juga laman Bz. Tahniah untuk awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *