Smile and the whole world will smile with you..
Mesti ada yang tertanya², mana aku dapat frasa ini. Bunyi ayat macam jiwang.. tapi memang jiwang pun.. Aku mula dapat frasa ini ketika bulan puasa di mana ketika itu aku sedang mengurat seorang gadis yang sama kelas dengan ku ketika aku di sekolah dulu.. Aku cume dapat mengurat je, tapi x dapat pun title boyfriend gadis tersebut.. Nak buat macam mana.. dah tiada rezeki. Tapi ok la aku dah lebih 3 tahun dengan buah hati kesayangan aku sekarang ini (bukan gadis tadi aaa..)
Aku kadang-kadang teringat juga kepada budak ni.. teringat je la.. nak ngorat dah malas dah.. Dan satu perkara amat menarik berlaku dalam hidup aku.. Hahahah.. memang best, aku dapat tahu, kawan sekolah aku dah mengurat budak tu dan dah dapat title.. Baguslah.. semoga korang bahagia.. Mula-mula macam tak percaya juga, tapi selepas aku lihat sendiri dalam peristiwa grab lengan di LowYat, maka sudah pasti berita yang ku terima.. Hahahaha..
Tengah hari tadi kawan aku tu YM la aku.. Sembang-sembang seperti tidak tahu yang aku dah tahu.. Aku duk cucuk-cucuk.. sampai la die bagitau sikit.. Sempat pulak die kate.. "Paan, Sorry la aku merampas ex ko".. Ayoo.. Aku tak pernah claim budak tu sebagai awek aku.. Cuma aku sekadar menyampaikan hasrat hati.. Hahahaha… Ape-ape pun.. semoga korang bahagia lah ye.. Nanti-nanti aku cerita la pasal buah hati kesayangan aku ni..
PaanMFR: Jarang makan hati, makan daging je.. hehehe
Komen Terkini