Urusan Sri Paduka Baginda

spa.jpg

Ya.. Minggu lepas surat ini berada di peti surat rumah aku. Aku telah dipanggil untuk ditemu dan diduga oleh penemu dan penduga yang pastinya menduga² kebolehan dan kemampuan aku ini. Perasaan aku bercampur-campur ketika aku menerima surat Urusan Sri Paduka Baginda ini. Nak aku lepaskan tugas aku sekarang ni, sayang, tapi jika aku tak lepaskan pun, banyak disadvantagenya. Aku memang menginginkan jawatan dalam sektor gomen ini kerana lebih terjamin. Aku masih muda lagi. 24 + 25 (minimun berkhidmat) = 49 dan aku masih ada baki 7 tahun untuk aku tamatkan khidmat aku dan duduk goyang kaki dan diberi gaji lagi..

jawatan.jpg

Menurut warkah ini, aku bakal berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam yang sememangnya terletak di Putrajaya. Jarak dengan Kajang tidak la jauh mana pun, sekangkang kera sahaja. Ahaks.. Bagaimana aku nak pergi kerja nanti? Aduh, lesen pemanduan berhemah aku belum terlaksana lagi, tapi masih dalam proses mendapatkannya. It's about time! Ahahaha.. Mak aku yang sangat gembira dengan kehadiran warkah ini juga sanggup menyerahkan Kancilnya untuk ku pandu ke Putrajaya nanti.. Hahaha.. sempit wo.. aku ni gumuks.. Apa-apa pun, doakan kejayaan aku untuk sesi temu dan duga ini. Amin..

PaanMFR – Aku patut guna kereta apa ya? Bagi idea sket…

9 Responses

  1. renkenjutsu says:

    gunerla myvi! besh! 😀

  2. SUNshine says:

    paan..aku rs baik ko amik avanza lah..itu pun klu ko ada rezeki lbey. aku xtipu. drpd ko amik myvi, baik angkat avanza. besar pun besar, jimat minyak pun same jugak. xgitu paan? :)>-

    cadangan shj..

  3. paanMFR says:

    hahah.. tq2..
    man, myvi compact car pilihan aku tu beb..
    sedap pun sedap bawak..

    san, avanza kalo aku dah kawin bleh la gune, ye tak? senang nk bawak anak2, nk bawak barang2.. tapi aku blom cube lagi. sape2 yang ade avanza bgtau la, bleh aku try naik. ahaks.

  4. mizbutterfly says:

    kete kuda kot..kuda ku lari gagh berani..ciap da lagu lg..ahaks..hehe
    jgn mare lawak je..
    😕 beli la kete buatn m’sia.. kete waja kot..hehe

  5. fawz says:

    hurm.. aku rase ko elok naik Hummer la paan… x pong.. bumble bee.. ngeh2..

  6. paanMFR says:

    adus..

    pengaruh Transformers btul..

  7. kak anis says:

    tahniah Paan dpt interview gomen…semoga dapatla keje gomen..senang…banyak benefit…

    gud luck!!!!!!

  8. eita says:

    :)>- good luck tuk temuduga tu ek 🙂

  9. Budiey says:

    Good luck Paan,
    Jangan lupa baca bismillah sebelum masuk bilik temuduga tu…
    Loe pasti sukses, caya ngomong gue ni deh.

    Buat yang terbaik… kalau dapat jangan lupa gue & sticker gue… ahaks.