Rejab Datang Lagi..
1 Rejab 1428
Lesen Memandu L
Haa.. baru nak belajar kereta ke bang? alahai.. Semalam aku buat pertama kalinya memandu di luar Metro. menyusuri Kampung Melayu Subang. Dah la jalan sempit, banyak kereta pula. Memambg memberi satu cabaran dalam misi aku mendapatkan Lesen P.. dah tua-tua baru nak belajar.. Cara pemanduan aku masih lemah dan perlu latihan. Kene pandai kawal navigasi, bajet jarak dan sebagainya.. Kawan-kawan.. berikan aku semangat!! Yeah!!
Menemu dan Menduga
Apa cerita temuduga minggu lepas? Ramai yang YM dan SMS bertanyakan situasi dan keadaan aku ketika itu. Yang penting, aku masuk dan keluar tanpa kehilangan nyawa dan anggota badan.. hahaha.. Aku kalau boleh tak nak dah fikir pasal temuduga minggu lepas. Tunggu sahaja 27 Ogos nanti. Kalau dapat, dapat lah, kalau tak dapat, usaha lagi tahun depan. Soalan?
– Apekah komponen Parlimen?
– Apakah tugas Ketua Setiausaha Negara?
– Apakah jabatan² atau agensi² di bawah Jabatan Perdana Menteri?
– Apakah fungsi Jabatan Audit Negara?
– Apakah tugas PTM?
– Apakah kejadahnya E-Perolehan tu?
– Apa beza Public IP dan Private IP?
– Bagaimana hendak mengetahui perbezaan mesin melalui IP?
– Siapakah yang menetapkan IP?
– Mengapa kami perlu ambil anda bekerja?
Selamat Bulan Rejab!
jawapan last skali tu, sangat unik dan berani.
saya suka.
anda boleh mula kerja sekarang!! \:d/
mana boleh mula kerja sekarang.. belum dapat keputusan temuduga. Tunggu 27 Ogos ini..
Paan,
Jawapan last tu mmg best…patut la terkejut beruk depa…hahahaha..
oit..bole pulak jawab interviu mcm tu. interviu PSM ye? heheh.. good luck!