Facebook Page – Post Berjadual
Sebelum saya meninggalkan stesen TV satelit berbayar yang menjadi pejabat saya selama 2 tahun, saya pernah menjaga beberapa Page Facebook yang mewakili program-program besar di stesen TV tersebut seperti program lawak bertaraf maharaja, program memasak penuh drama juga program nyanyian penuh tangisan serta rancangan keagamaan yang memecah tradisi. Salah satu tugasan yang diberikan adalah memastikan laman-laman tersebut sentiasa dikemaskini dengan post-post menarik.
Namun, apabila menjaga page yang terlalu banyak, kadang-kala tidak sempat untuk menghantar post. Jadi fungsi “schedule post” atau Post Berjadual yang terbina dalam laman Facebook. Dengan fungsi ini, kita boleh setkan post yang hendak dihantar pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Masalahnya ketika itu, cara untuk menetapkan jadual dalam Facebook adalah dengan memilih satu persatu Tahun, Bulan, Hari dan Masa yang sememangnya agak menyusahkan.
Imej post berjadual versi asal, diambil daripada laman Mashable
Versi Terkini
Namun baru-baru ini, admin-admin page boleh menarik nafas lega apabila fungsi ini diberi pembaharuan yang menarik apabila mereka boleh setkan tarikh dengan mudah malah perbezaan masa antara satu post dengan yang lain adalah 5 minit berbanding 10 minit sebelum ini.
Anda sebagai admin page-page yang menjaul barangan boleh menggunakan fungsi berguna ini sebagai salah satu strategi pemasaran yang berkesan!
PaanMFR: Ada orang jual beli page dalam Facebook. Makin ramai likers, makin tinggi nilai!
Komen Terkini