1 Muharram Detik Permulaan

1 Muharram Detik Permulaan

Setelah beberapa bulan malah hampir setahun tidak diusik projek ini, akhirnya bersempena dengan kedatangan tahun baru Hijrah 1435 yang bakal menjelma minggu hadapan, projek ini kembali aktif. Mungkin laman utamanya yang menempatkan simpanan kod widget masih belum dibangunkan, sekurang-kurangnya projek ini menjadi pemangkin untuk keseluruhan projek Kalendar Hijrah ini!

Page yang berfungsi sebagai pemberitahuan tarikh semasa dalam format hijrah ini juga berfungsi sebagai “converter” untuk mana-mana tarikh masihi. Pilih sahaja tarikh yang anda inginkan dan laman ini akan menunjukkan kepada anda tarikh dalam hijrah.

Screen Shot 2013-11-02 at 11.50.40 PM

Laman ini juga boleh dikongsi di laman-laman sosial lain seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Butang kongsi yang dijana oleh ShareThis diletakkan di bahagian bawah tarikh hijrah ini untuk memudahkan pengguna untuk kongsi tarikh semasa atau tarikh yang mereka pilih!

Screen Shot 2013-11-03 at 1.37.29 AM

Jom ke www.kalendarhijrah.com/tarikh SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *