Kembara Tarawih: Tangisan Imam di Masjid Negara
Baca Kembara Tarawih sebelum ini: Masjid Al-Hidayah
Lain sikit kan tajuk entry kali ini? Saje je nak ambil perhatian. OK, Kembara Tarawih kali ini seperti yang ditulis di tajuk, menuju ke Masjid Negara. Masjid rasmi Malaysia. Info dan sejarah Masjid Negara boleh didapati di Portal Rasmi Masjid Negara. Aku mengelilingi 2-3 kali untuk mencari tempat yang sesuai untuk aku letak kenderaan dan menuju masuk ke dalam masjid. Siapa tak tahu jalan memang sesat la.
Pra Buka Puasa. Kebiasaannya masjid-masjid besar tiada aktiviti khusus yang disediakan sebelum berbuka, termasuklah Masjid Negara. Namun apa yang menariknya ketika ini (sekitar 6-7 petang), terdapat beberapa pelancong asing yang datang melawat Masjid Negara. Mereka disediakan jubah untuk dipakai (tutup sebahagian besar tubuh). Mereka juga dilengkai dengan seorang jurupandu untuk memberi penerangan lanjut mengenai Masjid Negara. Pelancong yang hadir bebas untuk berlegar di ruang luar masjid (lantai simen), kecuali dewan utama masjid (karpet). Pintu hadapan dewan solat utama dipagari dan ada seorang pegawai yang akan berinteraksi dengan pelancong yang hadir.
Buka Puasa. Jemaah lelaki dan perempuan diasingkan ketika berbuka puasa. Jemaah perempuan akan makan di bahagian atas, sama aras dengan dewan solat utama, manakala jemaah lelaki akan makan di tingkat bawah, sama aras dengan kawasan wuduk. Buka puasa dimulakan dengan kurma, kuih dan air, kemudian Solat Maghrib dan seterusnya makan berat.
Buka Puasa Kumpulan Korporat. Hari yang sama aku bertandang ke Masjid Negara, terdapat 1 kumpulan korporat yang juga berbuka puasa di Masjid Negara, tetapi disediakan kawasan khas dan juadah yang berbeza. Kumpulan atau Organisasi yang dimaksudkan adakah CIMB Berhad. Ramai pegawai dan stafnya. Ini merupakan satu langkah yang baik untuk diikuti oleh organisasi yang lain. Tak perlu membuat majlis buka puasa di hotel-hotel. Cukup sekadar di masjid. Lepas buka puasa boleh terus solat. Syabas CIMB Berhad!
Solat Isyak dan Tarawih. Solat Fardhu (Maghri dan Isyak) serta Tarawih diimamkan oleh “Imam Import”. Aku cuma mengagak sahaja, mungkin Imam ini daripada Saudi, kerana bacaan dan suaranya saling tak tumpah seperti di Masjidil Haram (Aku tengok TV je). Permulaan Tarawih yang sangat ringkas, tiada bacaan selawat mendayu2 seperti yang biasa kita buat. Terus mula solat. Antara solat juga tiada selawat sahut-sahutan, Imam terus bangun.
Tangisan Imam. Ya.. ini sangat menarik perhatianku. Imam yang faham, tahu terjemaah, maksud ayat yang dibaca, menghayati bacaannya sehinggakan hampir menangis. Kita yang hafal pun tidak inikan lagi tahu maknanya melainkan buka Al-Quran Tafsir. Terasa sayu dan sedih juga bila mendengar bacaan Imam yang hampir menangis itu. Menangis kerana sama-sama merasai apa yang beliau rasa, menangis kerana mengenangkan diri ini yang tidak mengetahui apa yang didengar. Kesian kan..
Selesai rakaat ke-8, Imam senyap. Ramai jemaah termasuk aku mula bangun dan meninggalkan dewan solat.. Tak lama kemudian.. kedengaran Lafaz Takbiratul Ihram oleh Imam.. Dia sambung.. Untuk pengetahuan kawan-kawan, setiap rakaat dibaca ayat yang sangat panjang. Kaki aku ni hampir tak mampu menampung perut aku yang bulat ini. Selesai 8, aku keluar. Selesai untuk aku malam ini. Pulang ke Kajang.
Sebelum aku ke sini, kuatir juga aku kerana khabarnya ramai kutu rayau di sini. Namun, ketika aku datang, tiada pun. Yang ada hanya pekerja-pekerja pejabat berhampiran, pakcik-pakcik pemandu teksi, abang-abang KTM dan brader-brader Posmen, turut sama berbuka puasa. Tak lupa juga keluarga-keluarga yang hadir bersama anak-anak untuk berbuka di Masjid Negara.
Baca Kembara Tarawih seterusnya: Masjid Al-Imam Al-Ghazali
mesti sebak je…
sebak la juga..
ditambah dengan kaki yang menggigil.. hee.. kantoi..
moga dapat pengajaran bagi saya dan kita semua..
Bagi yang dibuka hatinya AL-Quran itu sangat berat, sangat indah sangat menggugah hingga gunung pun tidak mampu menggalas Al-Quran. Beratnya tanggungan ayat dalam Al-Quran. Hingga ada yang pengsan mendengarnya ketika solat..Untuk menghaluskan jiwa kena dengan Tawbah, solat, sunnah dan zikir. Dunia dan nafsu telah mengaburi kita dari mengecap kelazatan Al-Quran dan indahnya cinta ALLAH. Masjid sri petaling terawih satu malam 10 juzu ada . 5 juzu ada. 3 juzu ada..Allahuakbar..