Admin, Tolong PM Harga!

mfr_pm_harga

Ramai usahawan internet menggunakan perkhidmatan Facebook Page sebagai salah satu medium perniagaan mereka. Setiap hari pasti ada sahaja produk yang mereka iklankan. Pada masa yang sama, ramai juga bakal pembeli yang ingin mengetahui butiran produk tersebut dengan membalas “Admin, Tolong PM harga!”

Sebagai pengguna laman sosial popular ini, anda sebagai bakal pembeli harus tahu dan faham bahawa pengendali Page ini tidak boleh langsung menghantar mesej peribadi kepada anda melainkan anda yang menghantar mesej tersebut dahulu.

SEBAB? Ini adalah polisi yang ditetapkan oleh pihak Facebook untuk menghalang perbuatan SPAM yang akan menggangu pengguna-pengguna lain.

JADI? Bagaimana urusniaga hendak berjalan? Solusinya, anda sebagai PENYELIA Page Facbook perlu bijak untuk memikat bakal pembeli anda tanpa perlu mereka bersusah payah mencari butang “Message” di laman anda. Anda hanya perlu berikan satu pautan yang secara automatik akan membuka ruang menulis mesej kepada page anda!

http://www.facebook.com/messages/NamaPageAnda

Dengan memberikan URL di atas dengan “NamaPageAnda” digantikan dengan “username” page anda, sesiapa sahaja yang klik URL ini akan terus dibawa ke page untuk menghantar mesej.

Screen Shot 2013-10-10 at 2.13.14 PM

Semoga solusi ini menaikkan lagi hubungan anda sebagai Penyelia Page Facebook dengan bakal pembeli anda. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *