Maksimakan akses dengan Responsive

Responsive Design

Jika dibandingkan dengan suatu ketika dahulu, penggunaan telefon pintar terbatas kepada golongan koperat, intelek dan professional. Namun kini, suri rumah juga memiliki sekurang-kurangnya seunit telefon pintar yang boleh dimiliki serendah RM300. Meskipun tidak “high end” tetapi mampu untuk melayari laman-laman sosial dan pastinya mampu melayari blog-blog.

Jadi amat penting bagi sesebuah blog ini mempunyai kemudahan dan akses yang mudah kepada pengguna-pengguna telefon pintar melayari blog anda dengan mudah dan hanya memerlukan data minimum sahaja. Jika dahulu, saya menggunakan WPtouch, salah satu plugin di WordPress untuk memudahkan pengguna-pengguna telefon pintar melayari blog, tetapi plugin versi percuma ini tidak menonjolkan paparan yang selari dengan paparan di desktop.

wptouch

Itu dulu.. kini setelah rekaan laman web yang memiliki ciri Responsive ini muncul bak cendawan selepas hujan, maka “look & feel” sesebuah blog sekurang-kurangnya dapat dibawa dari desktop ke peranti. Cari sahaja templete WordPress yang “Responsive”, terlalu banyak pereka yang menyediakan templete mereka dengan ciri yang menarik ini.

Projek-projek kerja saya kali ini juga menekankan ciri “Responsive” agar mudah untuk diakses oleh pengguna telefon pintar yang kini juga dimiliki oleh kanak-kanak seawal 9 tahun! Kulit blog ini juga perlukan pembaharuan. Kulit yang sama ini telah menaik taraf ciri mereka agar boleh diakses di peranti-peranti juga telefon pintar. Nanti saya ubah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *