Back On Track
Hampir 3 bulan aku meninggalkan persekitaran pejabat yang biasa aku masuk, menuju ke “Site Office” lebih 10 minggu. Apabila pulang ke pejabat asal, janggal rasanya. Tiba-tiba diri jadi lemau, tak tahu nak buat apa. Lucu kan? 10 minggu bertugas di “Site Office” sentiasa tahu apa nak buat, tiba-tiba bila sampai office lama jadi “blur”
Segala yang ketinggalan perlu aku kejar semula, susun semula, dan set semula supaya tak gugup nanti. Harap-harap boleh bertahan sebelum pejabat ini juga bakal bermigrasi ke lokasi baharu. Alamak! baru nak selesa-selesa di pejabat lama, kene pindah pulak? Teringat masa zaman bekerja dengan bekas majikan, 3 lokasi pejabat dah rasa. Dulu pindah kene kemas sendiri, bungkus sendiri barang-barang pejabat sebab staff tak ramai seperti di sini. Tak tahu pula bagaimana rasa berpindah nanti. Yang penting? Pengalaman baru beb. Selamat kembali bekerja wahai PaanMFR
p/s – Twitter akaun kembali aktif. Nak follow? (saya xde bagi gosip ye), sila ke http://twitter.com/PaanMFR (nama akaun lama, tapi korang kene follow semula)
Komen Terkini