Siapa Akan Umumkan Tarikh Puasa Dan Raya 2011?

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Bersara

Peyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia iaitu Y.M Tengku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Tengku Ngah akan bersara pada 7 Januari 2011 ini. Sebuah dokumentari khas mengenai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu juga akan disiarkan pada 9 Januari 2011 jam 6 petang di TV1 bagi menghargai jasa Y.M Tengku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Tengku Ngah yang telah berkhidmat selama 22 tahun

Petikan daripada blog Budiey

‘MENGENALI PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA’Khalayak hanya mengenalinya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia ketika mengumumkan tarikh permulaan Puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Tetapi tidak ramai yang mengetahui apakah peranan jawatan yang telah disandang YM Engku Tan Sri Dato’ Sri Ibrahim bin Engku Ngah sejak Januari 1989.

Dokumentari ini cuba membawa penonton secara dekat kepada peranan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada institusi Raja Raja di Malaysia. Secara tidak langsung, ia juga memperkenalkan peralatan yang dipanggil Mohor Besar Raja-Raja yang mungkin tidak diketahui ramai akan kewujudannya.

Dokumentari ini sebagai sumbangsih bagi menghargai jasa Engku Tan Sri yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan akan bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011.

Dokumentari ini akan menemui penonton di TV1, pada 9 Januari, pukul 6 petang.

Aku juga pernah menulis mengenai sejarah ringkas Cerapa Anak Bulan di Malaysia yang berkait rapat dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Selamat bersara diucapkan kepada YM Tengku Tan Sri. Dan yang pasti pengumuman puasa dan raya tahun ini akan disampaikan oleh muka baru. 🙂

6 Responses

  1. PaanMFR says:

    Jangan malukan diri dengan komen mcm tu bro. Dah tentu tiada kekosongan dan jawatan tu pun memang dah ada pengganti.

  2. operasi melawat BlogKawanku..

    aduih.. dh bersara ke… rindu la ngan die nnt… sblum ni, malam last puase mensti semua tak sabar2 nk tgk die kat tv…

    Jom Layan ni.. INFO :: Rahsia Tambah Traffic dan Follower ke blog anda .. http://blogmacammacamada.blogspot.com/2011/01/info-rahsia-tambah-traffic-dan-follower.html

  3. PaanMFR says:

    Legasi Penyimpan Mohor Besar akan diteruskan dengan muka baru.

  4. fairus says:

    Tolong delete komen saya yang 1st tadi.. Sorry, kalau awak tak senang dengan komen tu, jangan publish.. Niat saya hanya bergurau..

  5. udacun says:

    salam..
    anda yg edit ke itu gambar??
    sorry sbb sy dapat drpd google image.. dat y sy xtau sumber dari mana..
    lain kali anda letak la skali watermark.. sng nak tahu from mane2 dtgnya.a… ok tq

  1. 12 December 2012

    […] bulan Januari 2011 yang lepas, aku ada post pasal persaraan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Hari ini, aku dikejutkan dengan berita berkaitan insan yang mengumumkan tarikh-tarikh penting […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *