Francais – Umpama Seekor Lembu Membawa Lumpur
Apa yang aku nak ceritakan hari ini, tiada kaitan secara langsung terhadap jenama-jenama di atas. Kaitannya hanyalah semua ini difrancaiskan.. Apa yang korang faham mengenai francais ni? Oklah, untuk mudahnya, syarikat lain yang beroperasi atas nama syarikat besar.
Korang pernah dengar Brother’s? Ala.. kedai aksesori kereta terkenal tu.. francais juga tu.. walaupun hanya jual aksesori kereta. Kisahnya, suatu hari, plat kereta yang aku drive telah cicir dan perlu cari yang baru. So aku pergi la satu kedai Brother’s ni di Puchong. Untuk lebih tepat Bandar Puchong Jaya. Aku tinggalkan kereta (berkunci) dan maklumkan pada technician dan counter staff untuk buatkan 1 plat belakang. Yang depan pun dah diambil untuk di”sample”kan.
Lepas 2 jam gitu, aku kembali ke kedai, aku lihat plat tersebut sudah siap.. OK.. good.. then aku diminta bayar, dan technician dipanggil untuk pasang. Lepas dia ambil, dan menuju kereta, aku perhatikan sahaja.. pergi hanya bawa skru driver, tanpa skru.. patah balik.. ambil skru.. datang balik.. skru pula tak kena.. patah balik cari skru lain.. sampai 2-3 kali.. Kenapa tak bawa 1 set skru ataupun cari skru yang standard dengan jenama kereta?
Ok.. dah ada skru yang betul.. pasang depan.. OK.. nak pasang belakang.. lubang x sejajar! loh! camne ni??? aku tinggalkan kereta kat situ.. tak ukur ke??? main tebuk je??? Budak tu tanya supervisor dia.. ntah apa dia ckp.. supervisor suh aku masukkan kereta dalam bengkel.. apasal? nak buat baru? ukur je la dr tepi jalan.. (geram dah ni..)
Lepas aku masukkan kereta dalam bengkel.. aku perhatikan lagi budak tu buat kerja.. Ambil plat baru.. susun nombor.. bila dah gam sikit, aku tengok dr jauh.. ada yang tak kena.. aku pergi dekat budak tu.. “Macam mana u buat kerja? Kenapa nombor ni TERBALIK?????” Damn….
Dia betulkan.. aku perhati lagi.. dah siap gam habis.. aku tunggu dia nak ukur jarak lubang skru.. TAPI… dia TAK TEBUK!! dia ambil DOUBLE TAPE!!!! NAK TAMPAL!!!
HELLO!!! BAIK KO AMBIK YANG SALAH TEBUK TU TAMPAL TERUS!!!!
Masa aku nak pergi tengok AF dah terbuang gitu saje.. 9.30 baru masuk dewan, duduk sebelah Jawa. fuhhh..
Moralnya, kalau dah pegang nama yang besar, kualiti servis pun kene la jaga ya. Jangan main ambik budak baru lepas SPM suh kerja. Macam ni la jadinya.
p/s – Yang salah tebuk tu aku ambil dan simpan. Takut disalahguna. Haish!
Komen Terkini