Cari Makan di Mutiara Damansara
Makan?! Makan!? Oklah, ceritanya begini.. Bila kita dah tukar ke pejabat baharu, banyak perkara yang perlu diambil kira, seperti parking, pengangkutan awam dan makan. Ya.. Makan.. bukan sebab perut aku yang buncit ni perlu diisi ye, tapi kos untuk makan tu. Tak nak lah mahal-mahal sangat.
Fakta (kalau sape2 orang area sini tolong betulkan), tiada foodcourt kos rendah di sini, yang boleh kita makan dalam kos RM5 – RM7 (termasuk air). Lagi.. tiada kedai-kedai dalam lingkunagn jalan kaki yang menyediakan makanan yang dalam julat harga yang disebut tadi. Kalau ada pun.. Ya Ampun mahal!
Okey, analisis setakat ini.
– Cold Storage – Nasi + Lauk + Sayur dalam kira2 RM5 (murah dah ni.. tapi jauh sgt.. hahah)
– Tesco (dalam) – Tengok nasi ayam dia pun xde selera.
– Kayu – Briyani harus dijauhi.. RM8 beb!, tapi nasi kosong + lauk + sayur dalam sekitar RM5 jugak
– Yang ni best.. Lori makanan seberang Wisma Bently Music. lauk mcm2 ada.. Nasi + Lauk + Sayur + Sayur RM4.50. Cumanya risikonya makanan tu terdedah dengan habuk tepi jalan. Siapa tak tahan.. hehe
Hari Jumaat punya makan setakat ni sangat OK. Makan di Kg Sg Penchala, betul-betul sebelah masjid.
Okey, buat pilihan. 🙂
Komen Terkini