Pengembaraan Bermula..



Fenomena baru.. Itulah yang bakal kita lihat setelah bermulanya Geng, Pengembaraan Bermula.. Percubaan sebuah syarikat bumiputera Les' Copaque (sebutannya ley kopak) menyampaikan hiburan menggunakan Animasi 3D sepenuhnya ternyata bukan kerja mudah.

Mulai 12 Februari 2009, filem Geng ditayangkan di seluruh negara dengan hanya menggunakan populariti Upin dan Ipin sebagai salah satu tarikan. Kepada mereka yang hanya mengenali mereka melalui siri Upin dan Ipin, mungkin anda menyangka filem ini dibuat selepas siri Upin dan Ipin.. kan? Namun hakikatnya file Geng ini lah projek sulung mereka dan Upin dan Ipin merupakan watak sampingan berbanding Badrol sebagai watak utama. Ternyata penyiaran siri Upin dan Ipin satu strategi yang berkesan untuk menarik minat semua golongan untuk menonton filem ini.

MFR tidak ketinggalan menyaksikan filem Geng di pawagam seawal hari pertama. Keputusan? Rumusan? Hasilnya? Daripada 5 bintang, MFR beri 6 bintang setengah.. hehe.. sangat seronok menonton gelagat semua watak dalam filem ini. Tidak mengecewakan, menghiburkan, lucu, seram dan sebagainya. Filem yang ada jalan cerita yang bagus disamping penggunaan teknologi maju. Tidak seperti beberapa filem yang kononnya menonjolkan teknologi terkini namun jalan ceritanya tidak sekukuh teknologinya. MFR tidak menyebut filem ape ye..

So… jom kita ke pawagan! Ajak semua orang, ibu, ayah, atuk, nenek, adik, kakak, abang.. semua-semua lah! Tak rugi tengok filem ni. Tengok banyak kali pun best!

PaanMFR: hint.. bile jata Malaysia muncul di akhir tayangan, jangan bangun dulu.. x abis lagi.. scene paling kelakar ade tu.. hahahah..

1 Response

  1. eita says:

    yehhh beshhh sgt..
    kt tgk sekali lagi boleh 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *