Ziarah ke selatan..

Makin lama makin malas pulak nak update blog nih. Ade la few people yg duk tanye, xla ramai, tapi ade la kan.. haha.. Insya Allah nk revamp site nih minggu ni.. update WP version, letak kulit baru maybe..

Bile cakap je pasal selatan ni, semua minda akan tertumpu kat banjir di Johor. Waktu banjir-banjir ni la aku duk turun ke selatan. Tapi bukan balik kampung, cuma singgah di Batu Pahat saje. Sebelum tu, kami sekeluarga melepak bersama-sama belia-belia muda dan tua dalam gath Majlis Belia Selangor, Daerah Hulu Langat. Kami lepak x jauh, kat PD je. Makan-makan, karaoke, tdo, dan makan lagi.. hahah.. Lepas tu baru kami menuju selatan tanah air.

Flight Plan kami mengikut persisir pantai melalui Melaka, Muar + pari-parit sekitar Muar, dan Batu Pahat. Tak lalu PLUS pun, saje nak rasa jalan dalam. Dalam perjalanan yang mengantukkan ini, aku agak pelik sebab tak jumpa pun kawasan-kawasan banjir sepanjang perjalanan ke Batu Pahat. Maybe banjir x lalu jalan persekutuan (Jalan Nombor 5), maybe banjir di jalan-jalan negeri sahaja..

Sampai di Batu Pahat terus ke rumah bapak punye sepupu. Alamat tak ingat, tapi dekat2 BP gak la.. Aku ni jarang sangat turun BP, 10 tahun sekali tu ade la. Maka terjadilah gath kecil orang-orang Kluang, sembang punye sembang, pakcik aku tunjuk video banjir di Kluang, mase tu kerja menaikkan kereta yang terbalik + tenggelam sedang dijalankan. Pakcik aku kata, mangsa dah lama "out". Mangsa seorang guru berbangsa India bersama-sama pakciknya. Terperangkap sejak Selasa, dan dijumpai pada hari Khamis. Lama tu.. Malangya video tidak dapat dipindahkan ke telefon bimbit aku, pakcik aku gune Merah, aku guna Biru. Tak boleh la nak pindah-pindah.

Kepada kawan-kawan di selatan tanah air, yang terlibat dalam aktiviti banjir, diharap bersabar.. Dan kawan-kawan yang duk atas bukit yang tak kene banjir, bantulah kawan-kawan kita tu, tak pun bantu jiran-jiran, sedara-sedara yang terlibat. Kami kat kawasan tengah ini mendoakan agar semuanya selamat. Amin..

Salam AidilAdha..
Salam Hijrah..
Salam 2007..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *