Pergi kerja naik Ekspres Wau

Aku suka cerita perkara-perkara unik dan jarang berlaku semasa aku pergi kerja.. Hari tu aku cerita pasal orang main harmonika, kali ni pulak aku nak cerita pasal ragam perkhidmatan Komuter setiap hari.

Sedia maklum, landasan KTM digunakan buken sahaja oleh Komuter, tapi digunakan oleh Antarabandar, Kargo, Gula, Gas, Simen dan macam-macam lagi. Pagi tadi, seperti biasa Komuter aku nak naik akan lambat, delay, tapi kali ni cencel terus!! gilo.. Pulak tu tren seterusnya delay pulak.. Mana tak hangin pengguna-pengguna Komuter tu..

Dan seperti biasa juga, pagi-pagi lagi Ekspres Wau dari Tumpat akan berhenti di Kajang sebelum tamat laluan di KL Sentral. Cuma kali ini, Ekspress Wau bukan hanya menurunkan penumpang, tetapi mengambil penumpang dari Kajang yang akan turun di KL Sentral. Aku lah tu! hehehe.. Ape lagi, berpusu-pusu lah pengguna Komuter destinasi KL Sentral naik Ekspres tu..

Perjalanan tanpa henti membawa kami ke Platform 2, tiada laluan tiket.. Maka terpaksalah kami yang guna tiket pergi balik dan Touch n Go pergi ke laluan tiket Komuter untuk sign-out.. Adus.. Alhamdulillah, aku tiba di pejabat sebelum waktu merah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *